Pertandingan Fotografi Sawit Antarabangsa - Hadiah $1000
📸

Pertandingan Fotografi Sawit Antarabangsa - Hadiah $1000

30 September

Setiap tahun satu pertandingan fotografi dianjurkan untuk tumpu kepada tanaman kelapa sawit.

Pertandingan ini bertujuan untuk mempromosikan produk kelapa sawit serta minyak kelapa sawit.

Beberapa kategori telah diwujudkan sebagai 'ujian kepada jurukamera'. Antaranya adalah

  • Hitam Putih (Black & White)
  • Manipulasi Gambar (Photo Manipulation)
  • Nature & Living Creatures

Pertandingan Fotografi Potret Sawit Dunia (WPPPC), adalah acara antarabangsa yang bermula pada 2013, dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia / Malaysian Palm Oil Council (MPOC).

Pertandingan terakhir diadakan pada tahun 2017 bersempena dengan sambutan seratus tahun industri sawit Malaysia. Selama bertahun-tahun, penyertaan dari seluruh dunia meningkat, terutamanya dari India, Indonesia, Filipina, malah sehingga ke Latvia, AS dan Brazil. Lebih daripada 10,000 penyertaan telah diterima sejak permulaan pertandingan.

Antara contoh penyertaan sebelum ini

Hitam Putih (Black & White)

image

Manipulasi Gambar (Photo Manipulation)

image

Nature & Living Creatures

image

image

Setiap tema ada pemenang dan hadiah yang lumayan iaitu

Tempat pertama : $1000 (RM4184) + Sijil

Tempat kedua : $750 (Rm3138) + Sijil

Tempat ketiga: $500 (RM2092) + Sijil

Jika berminat boleh ke link bawah:

Terma dan Syarat:

  • Peserta semestinya berumur 18 tahun ke atas
  • Gambar mesti diambill menggunakan kamera digital
  • Saiz minimum adalah 5MB.
  • Jenis File adalah JPG/JPEG
  • Setiap tema boleh hantar 10 penyertaan gambar
  • Semua penyertaan mesti berkait dengan kelapa sawit dan melambangkan kebaikan kelapa sawit termasuk produk hiliran.
  • Penyertaan mesti menggunakan borang rasmi dari https://www.worldpalmportraits.org/
  • Pekerja dan keluarga dari MPOC boleh sertai pertandingan tetapi tidak layak untuk memenangi hadiah tunai
  • Gambar mesti adalah hak milik peserta. Sebarang gambar yang bukan hak milik adalah tidak layak.
  • Terma syarat lengkap ada di https://www.worldpalmportraits.org/terms-conditions/

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

Cara buat aduan MPOB

5 Hak Pekebun di Ramp Buah (Penimbang Buah)

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.