🏢

5 Hak Pekebun di Ramp Sawit (Penimbang Buah)

Sebagai seorang pekebun sawit, menjual buah kepada kilang kelapa sawit atau pembeli buah sawit (ramp buah) adalah satu kepastian.

Walaubagaimanapun masih banyak lagi penipuan dilakukan oleh pembeli buah kelapa sawit untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Akta yang melindungi kita adalah mengikut

Seksyen 20A (1) (e) Akta Timbang dan Sukat 1972

iaitu membuat perubahan kepada alat timbang atau sukat sehingga menyebabkan ia menjadi tidak tepat.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM40,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

image

Penguatkuasa melakukan pemeriksaan timbang - kredit Utusan Malaysia

Di bawah adalah 5 Hak Pekebun yang wajib tahu semasa penimbangan buah kelapa sawit:

(semua perkara di bawah adalah mengikut SOP amalan perniagaan buah kelapa sawit MPOB)

Baja Tulen - FB :
Baja Tulen - FB : Megabizz

Penjual buah kelapa sawit atau wakilnya berhak untuk hadir dan menyaksikan timbangan dilakukan.

  • Pembeli buah tidak boleh menghalang penjual/pekebun daripada hadir untuk menyaksikan penimbangan buah

Tiada seseorang pun berada di atas platform alat timbang semasa timbangan dilakukan.

  • Ini untuk mengelak bacaan penimbang yang kurang tepat

Cetakan berat kenderaan dgn muatan buah kelapa sawit

  • Cetakan berat kenderaan dgn muatan buah kelapa sawit hendaklah dilakukan pada tiket timbang setelah dipastikan kenderaan berada di atas platform alat timbang dengan betul dan apabila penunjuk berat timbangan dalam keadaan stabil.
  • Jika skrin paparan timbang di luar rosak, pastikan lihat di komputer penimbang (dengan kebenaran timbang).

❗❗Kalau berat timbang dengan cetakan berbeza, pastikan ditimbang semula. Jika pembeli buah enggan tangkap gambar timbangan & cetakan untuk buat aduan ke MPOB/KPDNKK. ❗❗

Timbangan semula berat

  • Timbangan semula berat (timbang kosong) wajib dilakukan dengan menggunakan alat timbang yang sama dan cetakan berat dilakukan di atas tiket timbang yang sama
  • Timbangan kedua (timbang kosong) wajib dilakukan untuk dapat berat yang tepat.
  • Jangan benarkan penimbang menggunakan rekod timbangan sebelum ini konon untuk cepatkan proses timbang

Tiket timbang yang digunakan perlu mengandungi maklumat lengkap

Tiket timbang yang digunakan perlu mengandungi maklumat nama dan alamat pemilik alat timbang, tarikh dan masa timbangan, nombor tiket timbang, nombor pendaftaran kenderaan, barangan yang ditimbang, nama penjual buah kelapa sawit, berat kenderaan dengan muatan, berat kenderaan tanpa muatan dan berat bersih muatan.

Contoh tiket timbang

image

Hak Penggredan Buah Kelapa Sawit

i. Penjual buah kelapa sawit atau wakilnya berhak hadir dan menyaksikan penggredan buah kelapa sawit yang dilakukan oleh peniaga buah kelapa sawit.

ii. Prosedur penggredan buah kelapa sawit hendaklah berasaskan Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB atau mana-mana manual penggredan buah kelapa sawit yang diiktiraf oleh MPOB.

iii. Penggredan buah kelapa sawit henya boleh dilakukan oleh orang yang mahir mengenai penggredan buah kelapa sawit (orang yang telah ditauliah oleh MPOB) yang ditentukan atau dilantik oleh peniaga buah kelapa sawit.

iv. Penentuan harga buah kelapa sawit kepada pebekal hendaklah berasaskan kualiti buah kelapa sawit yang digred dan dibayar mengikut kadar 1% kadar perahan minyak sawit mentah.

Panduan untuk Menjual & Membeli Buah Sawit BTS

5 Hak Pekebun di Ramp Buah

4 Tips Tangani Manupulasi Timbah Buah

Membina Ramp Sawit - Syarat MPOB membeli Buah Sawit

Rujukan

Garis Panduan MPOB

GARIS-PANDUAN-AMALAN-PERNIAGAAN-BUAH-KELAPA-SAWIT-1.pdf471.0KB

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Artikel Terbaru

Membina Ramp Sawit - Syarat MPOB membeli Buah Sawit

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.