Mengawal Ganoderma : Pokok Tumbang
🍄

Mengawal Ganoderma : Pokok Tumbang

Soal Sawit #1

Pokok sawit berusia 12 tahun di serang cendawan Ganoderma hingga reput dan tumbang. Apakah rawatan yg sesuai?

Pokok Tumbang - Kesan Kulat Ganoderma

Ganoderma merupakan masalah besar dalam industri sawit.

Pertama sekali tindakan susulan bergantung kepada status (tahap) ganoderma pokok.

Tahap teruk (sudah tumbang)

  • Pokok tumbang tak boleh diselamatkan. untuk elak jangkitan seterusnya (akar dia perlu dicincang oleh mesin dan dijemur)

Tahap teruk (tanda sakit teruk)

Pokok akan tunjuk tanda stress seperti pucuk daun (spear) yang banyak keluar tetapi tidak buka seperti di bawah

image

Penyelesaian dia adalah Mounding

Rawatan kimia tidak berkesan sebab kerosakan sudah terjadi dan dah ada lubang dalam batang.

cara yang paling berkesan adalah 'Mounding" buat busut di tapak pokok.

Ini untuk memanjangkan hayat pokok sawit kita, dari umur 12 tahun boleh dipanjangkan ke umur 20 tahun. Tanpa mounding, tentunya pokok akan tumbang

Cara pakai mounding mesin

image

Cara pakai manual

Ukuran sama 1 meter tinggi, 2 meter lebar (sangat lama kalau manual, disyorkan ada mesin)

image

Tujuan kita buat Mounding

Dalam busut ni, pokok sawit akan kluarkan akar baru untuk mengukuhkan pokok untuk elak dari tumbang.

image

Akar baru akan kluar dalam masa 4 bulan.

Cara Rawatan secara kimia

Panduan rawatan kimia

Cara untuk bendung serangan ganoderma jika hendak tanam smula

  1. Semua akar pokok yang tumbang perlu cincang dan jemur.
  2. Jangan tanam sawit baru di bawah sawit yang belum ditumbangkan. Anak sawit baru confirm akan terjangkiti, Sekarang saya jumpa pokok umur 5-6 tahun dah tumbang sebab ganoderma.
  3. Pengunaan mycorhizae dalam tanah, baja yang ada AMF.

Moga ilmunya bermanfaat.

Sekian Saja,

-Oil palm pal

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan cuba tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Article Ilmu yang lain

🐭 Adakah kebun anda diserang tikus?🐭

Buah sawit hijau?

Borang digital untuk operasi sawit

Perlukan pertolongan?