Adakah kebun anda diserang tikus?
🐭

Adakah kebun anda diserang tikus?

Setiap hari kita akan ronda kebun untuk cari buah yang masak untuk di tuai.

Tetapi kadang kita jumpa pokok yang telah dirosakkan seperti ditakik-takikkan .

Ada tak buah buah sawit anda seperti di bawah?

image

Merupakan kerosakan segar pada buah sawit

image

Kerosakan pada buah sawit yang belum masak

Adakah tikus, tupai atau makhluk lain?

Apabila kita melihat kerosakan macam ni, tentu ada rasa marah dan tidak puas hati.

Ini sebab tandan tersebut sudah di rosakan dan tentunya beratnya hilang banyak.

Punca segala kerosakan ini adalah dari TIKUS !

Kita mesti ada perasaan " Tidak apa satu tandan saja"

Tetapi KENE INGAT , tikus yang rosakkan pokok ini masih ada dalam kebun anda.

Rumah dia dia kebun anda!

Tempat cari makan dia adalah kebun anda!

Kerosakan ini akan berulang-ulang, tikus akan beranak pinak.. DAN KEBUN AKAN JAHANAM

Jenis Tikus Kelapa Sawit

JENIS TIKUS Terdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang merupakan tikus belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardii

1) Rattus tiomanicus lebih dominan dan boleh memanjat,

2) Rattus argentiventer kurang memanjat dan menyerang pokok muda

3) Rattus rattus diardii pula lebih besar dan boleh mengatasi populasi R. tiomanicus.

Lihat macam mana tikus buat kerja pada waktu malam

Apa yang kita perlu lakukan untuk kurangkan tikus

Terdapat banyak cara untuk membendung kerosakan tikus. Antaranya ialah

  1. Kurangkan populasi tikus
    • Letak Racun Tikus
    • Pasang Rumah Burung Hantu
  2. Hancurkan tempat tinggal dia

Tikus suka tinggal di tempat yang semak dan kebun yang kurang penjagaan. Cara untuk elak dia buat rumah dalam kebun anda seperti di bawah

  • Racun rumput supaya keadaan semak dielakkan
  • Susun pelepah dengan kemas
  • Buang tempat paku pakis (semak)
  • Pruning pokok dengan kemas (tikus pun suka tinggal di atas pokok)

Moga ilmunya bermanfaat.

Sekian Saja,

-Oil palm pal

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan cuba tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Article Ilmu yang lain

🐭 Adakah kebun anda diserang tikus?🐭

Buah sawit hijau?

Borang digital untuk operasi sawit

Perlukan pertolongan?

Mengawal Pokok Tumbang Ganoderma