Kursus Kelapa Sawit - Sahabat Sawit
🌴

Kursus Kelapa Sawit - Sahabat Sawit

Selamat datang Pekebun Sawit!

Selamat datang semua pekebun sawit dan orang yang ingin ceburi bidang kelapa sawit

Tarikh Sesi Kursus Sahabat Sawit Terkini

Semua Kelas adalah pada jam 9 PM

17 Oktober 2023

Nak JOIN?? -DAFTAR SINI-

Daftar Kursus Sahabat Sawit

Harga Kursus Sahabat Sawit

RM100 satu kelas 2.0 jam
β€£
Pembayaran kepada :

Maybank 164137459584 - Muhammad Hazwan

Ada Soalan?? -TEKAN SINI-

Tajuk Kursus & Kelas Sahabat Sawit

Tapak Semaian

  • Pengenalan Tapak Semaian (Nursery Sawit)
  • Penyakit Lazim
  • Perosak Lazim
  • Penjagaan
  • Culling - Penakaian

Penjagaan Pokok Pra Matang ( Umur 1-3 Tahun)

  • Pengenalan
  • Penyakit Lazim
  • Perosak Lazim
  • Penjagaan

Baja Sawit Pembajaan

  • Pengenalan
  • Kiraan Baja
  • Kiraan Kos

Racun - Kawalan Rumput

  • Pengenalan
  • Kiraan Racun
  • Kiraan Kos

Hasil - Buah Sawit

  • Pengenalan
  • Kiraan Harga Sawit
  • Kiraan Kos

Senarai Kursus Lain

Senarai Kursus Pertanian - 2023

Jenis Kursus Perladangan Kelapa Sawit yang ada di Pasaran

Terdapat banyak jenis kursus amali dan kursus tentang kelapa sawit yang dianjurkan setiap tahun.

Yang utama biasa dianjurkan oleh MPOB seperti

KURSUS OPERASI MEKANISASI LADANG (KOML) 2023

Objektif KOML adalah untuk memberi latihan kepada belia tempatan dalam bidang jentera ladang supaya mereka boleh menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam industri sawit sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Modul latihan memberi pendedahan mengenai mekanisasi ladang secara nisbah (70:30) praktikal dan teori. Pengambilan

pelatih adalah dua kali setahun, dengan tempoh kursus enam hingga 12 bulan termasuk teori, praktikal dan latihan industri selama enam bulan di kawasan terpilih.

KURSUS PENGURUSAN & PENYELENGGARAAN NURSERI SAWIT

Kursus ini anjuran MPOB diadakan setiap tahun untuk pengurus Nurseri (tapak semaian) anak benih kelapa sawit

Iklan seperti di bawah

MPOB dengan sukacitanya mempelawa semua individu yang berminat untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan nurseri sawit untuk menyertai Kursus Pengurusan & Penyelenggaraan Nurseri Sawit 2023.

Yuran: RM 650

Link :

image
image

Syarat Kursus:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
  3. Sihat tubuh badan
  4. Umur tidak kurang 18 tahun Tajuk-tajuk utama dalam kursus:
  5. Pengurusan Nurseri Sawit
  6. Kod Amalan Baik Nurseri Sawit (CoPN)
  7. Aspek-aspek Pengurusan Ekonomi Nurseri Sawit
  8. Pengawalseliaan Nurseri Sawit

KURSUS DAN PEPERIKSAAN KEMAHIRAN MENGGRED BUAH SAWIT

Kursus ini anjuran MPOB diadakan setiap tahun untuk meningkatkan kemahiran menggred buah sawit dikalangan penggred buah sawit. Penting untuk pengendali pembeli buah kelapa sawit bts dan pemilik ramp buah sawit.

KURSUS PENGENDALI MAKMAL KILANG SAWIT

Pengenalan

Sektor sawit telah dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Kerajaan mensasarkan sumbangan sektor sawit kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM 178 bilion menjelang 2020. Pengendalian operasi kilang yang cekap merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam mencapai objektif ini. Ini termasuklah kemahiran anggotanya dalam pengendalian makmal seperti kemahiran mengambil dan menganalisis sampel serta berupaya memberi maklum balas keputusan sampel dengan betul dan tepat. Melalui kursus ini, peserta akan diajar mengenai pengendalian makmal yang sistematik, cara-cara menganalisis sampel serta air sisa buangan. Ini penting bagi memastikan loji efluen dikendalikan dengan cekap dan mematuhi Akta Alam Sekitar serta parameter yang telah ditetapkan

Objektif

Untuk meningkatkan kemahiran analisis dan menambahkan pengetahuan pembantu makmal kilang/ penapis minyak sawit.

Kandungan Kursus

  • Pengenalan Kod Amalan Baik (Pengilangan dan Pemprosesan Sawit)
  • Panduan kepada Pembantu Makmal dalam Proses Pengilangan Buah Sawit
  • Pengurusan Makmal Kilang Sawit
  • Keselamatan Makmal dan Pengendalian Bahan Kimia Makmal yang Merbahaya
  • Penggredan Buah Tandan Segar dan Amalan- Amalan Kilang
  • Analisis Kawalan Mutu Minyak Sawit
  • Pemahaman Mengenai Kaedah Jitu bagi Menjalankan Uji Kaji Kualiti Minyak Sawit
  • Pemahaman Mengenai Kaedah Jitu bagi Kumbahan Kilang Sawit dan Kehilangan Minyak semasa Pemprosesan
  • Kehilangan Minyak Sawit dan Isirung Sawit
  • Pengolahan dan Analisis Air Sisa Kilang Sawit
  • Pengolahan Air Mentah dan Air Dandang
  • Pengendalian dan Penyimpanan Minyak Sawit
  • Lawatan ke Kilang

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami (1)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.