Baja Boron - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien
🌴

Baja Boron - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

Boron merupakan antara nutrien mikro atau mikronutrien paling penting dalam pertumbuhan pokok kelapa sawit. Baja sawit (pupuk sawit) ini perlu menjadi prioriti bagi ladang dan juga pekebun kecil.

Baja boron untuk kelapa sawit penting dalam banyak aspek tumbesaran pokok, perkembangan daun dan juga pembentukan buah. Baja boron kelapa sawit sering diabaikan kerana statusnya sebagai nutrient mikro

Kredit gambar: cifor.org

Kepentingan Fungsi Baja Boron adalah untuk

  • Pertumbuhan dan perkembangan daun yg sempurna
  • Mengelak kehilangan hasil yand sebabkan oleh bunga yang tidak menjadi (flower abortion)
  • Pembentukan sel dan protein dalam pokok.
  • Metabolisma karbohidrat
  • Menggalakkan pertumbuhan akar

Tanah yang kurang sumber nutrien seperti tanah gambut dan tanah berpasir perlu diberi lebih perhatian berbanding tanah mineral yang berdekatan muara sungai.

image

Tanda kekurangan baja Boron pada kelapa sawit

Pokok akan menunjukkan tanda tanda di bawah jika nutrien boron tidak mencukupi

Antaranya adalah

Daun berkedut - (Crinkled Leaf)

image
image

Daun kelapa sawit akan kecut disebabkan kekurangan Boron. Pengecutan ini akan menyebabkan daun kelihatan seperti berkedut.

Kekurangan Boron (B) pada tahap mula akan kelihatan seperti berkedut sedikit (gambar kedua) tetapi kekurangan yang serius akan menyebabkan lidi daun pun berkedut dan mengecut (gambar pertama).

Daun Cangkuk - (Hooked Leaf)

image
image

Dalam keadaan kekurangan baja Boron (B) yang serius, anak daun baru akan bertukar warna kecokelatan dan mula membengkok. Pada masa yang sama daun tersebut akan mula berkedut dan akan kelihatan seperti tidak berkembang sempurna serta bengkok seperti cangkuk.

Daun Tulang Ikan - (Fishbone Leaf)

image

Kejadian tulang ikan ini adalah apabila anak daun bercantum pada hujung sementara hujung daun adalah tergantung pada tulang daun. Apabila daun sawit kelihatan sebegini maknanya kekurangan nutrien Boron (B) adalah sangant serius dan perlu dirawat segera.

Fungsi Baja Borate (Boron) untuk sawit

Dari tanda-tanda kesan kekurangan nutrien Boron di atas, dapat dirumuskan bahawa

Fungsi Baja Borate (Boron) untuk sawit adalah untuk

  • Pertumbuhan dan perkembangan daun yg sempurna
  • Pembentukan sel dan protein dalam pokok.

Hasil buah tandan segar berkadar terus dengan jumlah nutrien yang dapat dijanakan oleh daun pelepah kelapa sawit. Oleh itu, pembentukan dan perkembangan daun adalah mustahak untuk dapatkan hasil buah tandan segar (BTS) yang tinggi.

Jenis jenis Baja Boron

ETIBOR - 15% Boron

Fertibor - 15% Boron

Kiserbor - 4.5% Boron

Jenis & Kiraan Keperluan Baja Boron

Bagi pokok yang normal, 35g Nutrien Boron diperlukan supaya kandungan nutrien dalam pokok adalah mencukupi. Ini semua bergantung kepada banyak faktor lapangan.

Antara faktor tersebut adalah keadaan dan kesuburan tanah.

Tanah mineral yang berdekatan sungai biasanya mempunyai kandungan Boron (B) yang cukup.

Tanah bersifat gambut, berpasir dan tanah bukit biasa mengandungi mikronutrient yang kurang termasuk kandungan Boron (B).

Oleh yang demikian, pekebun/peladang yang mempunyai keadaan tanah yang marginal (pasir,gambut,bukit) perlu perhatian lebih.

ETIBOR & HGF Borate

image

Jenis Borate - Sodium Pentahydrate 48%

Kandungan - 15% Boron

Kiraan keperluan -

100 / 15 x 35g = 234g per pokok untuk dapatkan 45g Boron

Sesuai untuk :

Pokok yang ada tanda-tanda kekurangan Boron yang sedikit

200 untuk pokok yang ada tanda awal kekurangan Boron

300 untuk pokok yang ada tanda teruk kekurangan Boron

HGF Borate dengan ETIBOR ini merupakan jenis baja Boron yang paling sesuai digunakan disebabkan kandungan Boron (B) adalah tinggi.

Hanya lingkungan 100g cukup untuk pokok kelapa sawit. Jika pokok menunjukkan tanda-tanda kekurangan Boron yang teruk, disyorkan amaun 200g tabur setahun untuk setiap pokok.

Fertibor

image

Jenis Borate - Sodium Borate

Kandungan - 15% Boron

Kiraan keperluan -

100 / 15 x 35g = 234g per pokok untuk dapatkan 45g Boron

Sesuai untuk :

Pokok yang ada tanda-tanda kekurangan Boron.

Kiserbor - 23%Mg + 1.8% K + 4.5% B + 18%S

image

Jenis Borate - Boron Oxide

Kandungan - 4.5% Boron

Kiraan keperluan -

100 / 4.5 x 35g = 0.78 kg per pokok untuk dapatkan 45g Boron

Sesuai untuk :

Pokok yang ada kekurangan Mg yang tinggi dan untuk merawat tanah gambut.

Taburan biasa - 1.00kg per pokok

Taburan rawatan - 2.00kg per pokok

Kiserbor mempunyai kandungan nutrien 4.5% dan kurang sesuai untuk ladang/kebun yang mempunyai kekurangan nutrien Boron (B) yang serious. Lebih sesuai untuk kebun yang pokok tiada tanda kekurangan Boron.

Pembajaan masih perlu untuk kekalkan kandungan nutrien dalam tanah supaya kesan kekurangan dapat dielakkan pada masa akan datang.

Secara Lazimnya, kandungan Boron dalam tanah adalah mencukupi tetapi akan makin berkurangan bila hasil tuaian kelapa sawit semakin banyak. Pada masa yang sama, baja Nitrogen (N) & Kalium (K) yang ditabur setiap tahun mengurangkan kandungan Boron (B) dalam tanah dan daun pokok kelapa sawit.

Pengurangan Boron akan ambil masa dan jejaskan perkembangan daun pokok. Oleh yang demikian, kita harus jadikan baja Boron sebagai baja sawit wajib tahunan.

Kiraan Kos Pembajaan Boron (B)

Kiraan kos bagi kebun 5 ekar

(bagi baja HGf borate/Etibor 48%) Harga: RM85 untuk Beg berat 25kg

Jumlah pokok 340 x 100g - 34 kg baja boron

Dua beg 25kg sahaja perlu dibeli.

Jumlah kos baja: RM170.00
Jumlah kos upah: RM80.00 (kira berdasarkan 1 orang yang diperlukan untuk siapkan baja)
Kos per pokok : RM0.74 ( baja lebihan boleh disimpan untuk pusingan seterusnya)

Pesanan kepada pekebun dan peladang, jangan kedekut baja sebab pokok perlukan baja yang secukupnya untuk pengeluaran buah yang maksimum.

Jika ada pihak yang kurangkan baja, mereka akan hadapi risiko pokok melawas (Tempoh 6 bulan sehingga setahun). Apabila pokok dah dalam keadaan melawas, baru kelam kabut cari punca melawas.

Harga penjualan BTS dan minyak sawit pada masa sekarang adalah paling tinggi dalam sejarah dan diramal penganalisa ekonomi akan kekal tinggi sehingga Mac 2022.

Jenis Baja Sawit dan Fungsinya

Lazimnya pembajaan merupakan antara aspek yang paling penting dalam penjagaan tanaman sawit.

Kandungan nutrien baja dipecahkan kepada 2 jenis iaitu

  • Macronutrient (Nutrien Utama)
  • Micronutrient (Nutrien Salingan)

Makronutrien (Nutrien Utama)

Nutrien utama ini terbahagi kepada 3 - N P K .

(Keperluan: 4kg setahun per unsur)

N - Nitrogen (Untuk Daun)

P - Phosforus (Fosfat - Untuk Akar)

K - Kalium (Potash - Untuk Buah)

Makronutrien Sekunder (Nutrien Sekunder)

Nutrien yang diperlukan yang kuantiti kecil (keperluan: +-100g setahun)

Mg - Magnesium

B - Boron

Kursus Sawit dalam pengunaan baja yang efisyen dan berkesan

Jenis Baja Sawit yang Lain

Baja Urea

Baja Urea atau pupuk Urea adalah sejenis baja nitrogen yang mempunyai nisbah NPK (nitrogen-phosphorus-Kalium) 46-0-0. Ini bermakna kandungan nitrogen adalah 46%.

Urea merupakan antara baja nitrogen murah yang ada di pasaran, akan tetapi pasaran sekarang telah menunjukkan kenaikan harga bagi semua jenis baja.

Harap semua pembaca dapat manfaat dengan Artikel ini.

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Video Terbaru

Cara untuk kira harga Buah Sawit 1% OER

Berita Terbaru

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit.

Saya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.