Kawalan Tikus dalam Sawit
🐭

Kawalan Tikus dalam Sawit

image

Tikus merupakan antara perosak utama bagi kelapa sawit dan tanaman-tanaman makanan yang lain.

Haiwan perosak seperti tikusseringkali menjadi ancaman kepada tanaman kelapa sawit. Serangan haiwan ini boleh belaku di mana-mana peringkat sama ada peringkat muda atau di peringkat sudah matang

Untuk membasmi perosak tikus kita kena kenali perangai dan perkara perkara yang disukai tikus.

Antara perkara tersebut adalah:

Tikus suka tempat yang semak dan kotor

Lazimnya kalau kita pergi kedai makan atau gerai, tentunya ada tikus di kawasan lorong belakang dan longkang.

Ciri-ciri habitat sesuai tikus adalah

  • Tempat gelap (sebab tikus adalah haiwan nokturnal iaitu aktif di waktu malam)
  • Tempat semak dan kotor

Penyelesaian

  1. Racun kawasan kebun supaya tidak semak
  2. Buang sungkupan yang berlebihan.
  3. Pastikan stor kebun adalah bersih dan bebas tikus.
  4. Gunakan racun tikus jika memerlukannya.

Tikus aktif pada waktu malam (haiwan nokturnal)

Tikus mencari makanan dan tempat tinggal pada waktu malam.

Oleh yang demikian Tempat yang semak berteduh dan gelap juga merupakan tempat dia tinggal.

Video tikus makan buah sawit pada waktu malam

Apa yang tikus makan?

Pemakanan tikus biasanya terbahagi kepada 3

  • Buah tanaman
  • Larva/ulat serangga
  • Benih bijirin tanaman

Tikus merosakkan pendebungaan buah sawit

Antara punca buah sawit masak separuh atau busuk atas adalah 'Pendebungaan Tidak Sempurna'

Satu serangga bernama 'weevil' iaitu tanpa sahabat ini, bunga betina sawit tidak akan jadi buah.

Di kebun sawit terdapat agen pendebungaan yang aktif ini adalah sejenis kumbang yang dikenali sebagai Kumbang atay Weevil (Elaidobius kamerunicus) yang membawa pollen dari bunga jantan kepada bunga betina

Kalau tikus tidak ditangani dan dibiarkan, populasi weevil ini akan hilang dan hasil sawit juga akan rosak.

Pekebun sawit boleh dapatkan info lagi di

Bagaimana untuk kawal tikus

Kawalan tikus ini boleh dilakukan dengan menggunakan kawalan kimia, fizikal atau biologi.

Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama namun terdapat 50 syarikat pengeluaran yang berdaftar dan digunakan secara meluas di ladang dan kebun.

Kawalan biologi seperti penggunaan burung hantu atau burung Pungguk Jelapang juga membantu mengawal tikus. Kebiasaanya burung hantu jantan boleh menangkap 10 ekor tikus untuk dibawa ke sarangnya pada waktu malam.

Moga ilmunya bermanfaat.

Sekian Saja,

-Oil palm pal

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan cuba tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Artikel Terbaru

Membina Ramp Sawit - Syarat MPOB membeli Buah Sawit

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.