🌴

Baja Tidak Seimbang Punca Hasil Turun

Lazimnya pembajaan merupakan antara aspek yang paling penting dalam penjagaan tanaman sawit.

Kandungan nutrien baja dipecahkan kepada 2 jenis iaitu

  • Macronutrient (Nutrien Utama)
  • Micronutrient (Nutrien Salingan)

Makronutrien (Nutrien Utama)

Nutrien utama ini terbahagi kepada 3 - N P K .

(Keperluan: 4kg setahun per unsur)

N - Nitrogen (Untuk Daun)

P - Phosforus (Fosfat - Untuk Akar)

K - Kalium (Potash - Untuk Buah)

Makronutrien Sekunder (Nutrien Sekunder)

Nutrien yang diperlukan yang kuantiti kecil (keperluan: +-100g setahun)

Mg - Magnesium

B - Boron

Peraturan Minimum - 'Law of Minimum'

Terdapat satu Teori menyatakan bahawa Hasil suatu tanaman adalah terbatas berdasarkan tahap input minimumnya.

image

Contoh gambarajah - Air adalah 'Hasil tanaman'

Nutrien yang lain adalah cukup kecuali Potassium. Disebabkan kekurangan Potassium, hasil tanaman kita 'bocor' dan tidak mencapai tahap optimum

Dalam industri sawit, apa yang saya berlaku adalah ramai pekebun hanya fokus kepada baja kandung N & K sebab nak 'buah lebih'.

Pendekatan membaja cara ini adalah memudaratkan kerana pokok akan kekurangan unsur penting yang lain seperti

  • P - Phosphorus (Baja Rock Phosphate) - Keperluan 4 kg per pokok setahun
  • B - Boron (Baja Borate) - Keperluan 100g per pokok setahun

Cara yang terbaik adalah untuk penuhkan keperluan untuk semua Nutrien.

Bagaimana nak pilih baja untuk kebun saya?

(berdasarkan pengalaman saya 13 tahun dalam sawit)

Ini merupakan nasihat umum

Kebun Daun Kuning

  • Kekurangan Nitrogen
  • Gunakan Baja NPK yang N tinggi. Atau pakai baja satu unsur seperti AC, AS atau Urea

Kebun yang pusingan lepas berbuah lebat

  • Kekurangan K (Potash)
  • Gunakan Baja NPK yang K tinggi. Atau pakai baja satu unsur seperti MOP.

Bagi pemilihan baja yang lebih terperinci, Sampel tanah dan Sampel daun perlu dihantar untuk analisa. Perkhidmatan ini boleh di dapati dengan Jabatan Pertanian terdekat anda

Sampel Tanah & Daun

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan cuba tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Article Ilmu yang lain

Merawat Ganoderma dengan Kimia

Pruning semasa Tuai Permulaan

Mengawal Ganoderma

🐭 Adakah kebun anda diserang tikus?🐭

Buah sawit hijau?

Borang digital untuk operasi sawit

Perlukan pertolongan?