NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia
📰

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

22 Oktober 2021

Komoditi kelapa sawit memang di dikuasai dua negara nusantara iaitu Malaysia dan Indonesia. Oleh sebab itu, sering diserang oleh NGO dan kerajaan negara barat terutamanya negara Eropah.

Serangan biasanya berkaitan kemusnahan hutan dan pembunuhan orangutan.

Tidak dapat disangkal bahawa terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan memusnahkan hutan tropika.

Ini memberi imej yang buruk kepada industri kelapa sawit kita.

Salah satu cara NGO mendapatkan data adalah dengan menggunakan maklumat satilit dari organisasi Global Forest Watch yang menyenaraikan 7 tempat di Malaysia dan Indonesia sebagai ‘Tempat perlu waspada’ iaitu terdapat kemusnahan hutan.

image

2 Tempat di Malaysia tersenarai dalam ‘Watchlist’ ini iaitu

  1. Kuantan, Pahang
  2. Pekan, Pahang

Apakah Global Forest Watch ?

Global Forest Watch (GFW) ialah platform dalam talian yang menyediakan data dan alat untuk memantau hutan. Dengan memanfaatkan teknologi canggih, GFW membolehkan sesiapa sahaja mengakses maklumat masa nyata mengenai tempat dan bagaimana hutan berubah di seluruh dunia.

NGO biasa menggunakan khidmat platform ini sebagai peluru untuk menyerang kepala sawit tetapi kemusnahan hutan yang dilakukan oleh tanaman yang lain seperti soya dan jagung buat-buat tidak nampak.

Tuduhan kemusnahan hutan yang sering dilemparkan oleh NGO-NGO ini adalah sangant hipokrit kerana tanaman barat seperti kacang soya mempunyai keluasan tanah hampir 5 KALI GANDA lebih luas berbanding kelapa sawit.

Dapatkan di
Dapatkan di Shopee , Hubungi : Whatsapp

Semoga semua pekebun dan peladang sawit mengamalkan amalan pertanian lestari dan tidak merosakkan alam sekitar.

Sekian Berita,

~Oil Palm Pal

Perlukan Racun Rumput, Racun Serangga?

🛒
Kedai Sawit Anda - Sawit Store

Berita Terbaru

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.