4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Manipulasi timbang atau tipu timbang merupakan masalah besar yang dialami pekebun kecil dan juga pemilik ladang sawit yang besar.

Dari segi logistik, tidak semua pekebun mempunyai akses kepada kilang besar seperti Kilang Kelapa Sawit FGV yang menerima BTS. Pekebun ini terpaksa menjual kepada pemilik ramp yang berdekatan. Pembeli buah BTS yang kecil ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk manipulasi timbang mereka demi keuntungan.

BELI Sekarang —>
BELI Sekarang —> : SIRI SAWIT I Koleksi Lain —> Koleksi Lain

Berikut adalah tips-tips untuk mengurangkan risiko ditipu timbang oleh ramp BTS

Mencari pembeli buah sawit yang berdaftar dan sah

Bagi sahabat baru baru saja ingin menjual hasil BTS kebun, cari pembeli BTS yang berdaftar mengikut prioriti di bawah

Ranking Pembeli Buah Sawit mengikut Prioriti

  1. Prioriti Satu - Kilang Kelapa Sawit GLC ( FGV, Sime Darby Plantation, Boustead)

Prioriti Satu - Kilang Kelapa Sawit GLC yang terima BTS luar (cth: Kilang FGV)

  • Adalah terbaik dan memberi harga antara paling mahal untuk buah kelapa sawit. Sekarang purata bayaran Kilang FGV adalah RM1000 ke atas (bergantung kepada Kadar Perahan Minyak (OER).
  • Peringatan: Kilang yang memberi harga yang bagus biasanya mempunyai checker buah dan akan lebih tegas dari segi penggredan buah mentah.
  • Pastikan Lesen MPOB kilang adalah dikemaskini.
  • Pastikan Lesen Penimbang adalah dikemaskini.

Prioriti Dua - Pembeli Buah Sawit Koperasi

Kerajaan telah wujudkan Koperasi Penanam Sawit Mampan yang mempunyai penimbang buah sawit. Koperasi ini juga ada penimbang buah yang boleh digunakan.

Kalau ada KPSM ini cubalah tanya dia ada ambil buah yang luar atau tidak.

Infografik KPSM - MPOB
Infografik KPSM - MPOB
  • Pastikan Lesen MPOB kilang adalah dikemaskini.
  • Pastikan Lesen Penimbang adalah dikemaskini.

Prioriti 3 - Pembeli buah sawit swasta (ramp sawit)

Pembeli buah sawit ataupun ramp buah swasta ini merupakan perniagaan paling banyak secara bilangan dalam bab membeli buah sawit ini. Ramp sawit ini kadang kadang menjadi pilihan terpaksa disebabkan jarak yang jauh dengan Kilang Kelapa Sawit besar.

Kebanyakan rungutan dan aduan mengenai Tipu Timbang ini datand dari ramp sawit ini.

Pelbagai jenis cara ramp tipu guna untuk memanipulasi berat timbang, dari segi timbang hingga ke manipulasi persisian komputer. Pastikan ramp buah ini mempunyai lesen MPOB dan kalibrasi timbang yang SAH.

Antara Tips untuk elak ditipu timbang

Tips ini berdasarkan pengalaman sahabat kita di grup pekebun sosial media

  1. Sebelum dihantar ke ramp kebiasaan. Hantar dulu ke ramp pihak ketiga untuk ditimbang. Upah timbang biasanya RM 5 - RM10. Minta resit atau minta mereka ambil gambar paparan di alat timbang.
  2. Hantar kembali ke ramp biasa dan apabila resit timbang dikeluarkan, perbandingan boleh dibuat . Jika berlaku pengurangan, kemukakan resit awal tadi dan minta ramp ganti jumlah yang kurang. Biasanya mereka akan ganti semula jika bernasib baik mereka mungkin ganti lebih. Ramp tahu mereka akan menghadapi maslah lebih besar jika pekebun buat begini.
  3. Jika mereka enggan ganti rugi pekebun bolejbuat laporan polis dan kepilkan laporan polis bila buat laporan pada MPOB dan KPDHEP. Cara buat aduan MPOB seperti dibawah
  4. Pastikan penimbang ramp terdekat sudah dikalibrasi oleh METROLOGY CORPORATION MALAYSIA SDN. BHD atau badan yang mempunyai pensijilan yang sah. Pastikan Lesen MPOB pembeli buah adalah sah dan sahih.
  5. Elak ramp yang mengamalkan 'siram buah' untuk menambahkan berat sebelum hantar ke Kilang Kelapa Sawit. Ini melambangkan pembeli buah sawit adalah tidak beretika dan cenderung kepada penipuan.

Untuk pengetahuan manipulasi berlaku melalui penambahan peranti pada sistem penimbang atau melalui manipulasi perisian (software) di sistem komputer. Alat penimbang langsung tidak diusik dan jika ditimbang secara normal dan tanpa manipulasi biasanya ia akan menunjukan bacaan yang tepat.

Harap semua pekebun dan peladang terlindung dari perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pembeli buah sawit.

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Perlukan Racun Rumput, Racun Serangga?

🛒
Kedai Sawit Anda - Sawit Store

Berita Terbaru

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

Sarawak bakal menjadi pengeluar minyak sawit terbesar Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

Kamus Kelapa Sawit - Kata Penting

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.