Membina Ramp Sawit - Syarat MPOB membeli Buah Sawit
🌴

Membina Ramp Sawit - Syarat MPOB membeli Buah Sawit

Bagi pekebun atau peniaga yang ingin menjalankan perniagaan membeli buah tandan segar (BTS) dan menjual kepada kilang kelapa sawit. Berikut adalah info-info yang diperlukan untuk mulakan akitiviti ini

Bentuk Perniagaan

Membeli buah kelapa sawit  dari ladang/ estet dan  dijual kepada kilang kelapa sawit

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Membeli dan mengalih  FFB

2. Menjual dan mengalih FFB

Kritirea Khusus

1. Entiti Perniagaan Yang Sah

2. Modal RM50,000.00 kecuali agensi Kerajaan / Koperasi RM25,000.

  • Bukti Modal
  • i) Borang 24 (syarikat Sdn. Bhd./Bhd).

ii) Penyata Bank (3 bulan terakhir) bagi syarikat  Enterprise/ Perkongsian/Agensi Kerajaan/ Koperasi.

Baja Tulen - FB :
Baja Tulen - FB : Megabizz

Kesesuaian Premis

image

3.1.  Surat hakmilik tanah atau bangunan/pajakan dan lain – lain  dokumen berkaitan.

3.2.  Tiada lesen peniaga buah kelapa sawit lain di premis yang dipohon.

3.3.   Premis hendaklah terletak melebihi 10 km daripada sempadan:

i) Rancangan FELDA atau rancangan-rancangan tanah kerajaan berpeneroka/ peserta yang lain (Felcra, Salcra, Risda, SLDB.)

ii) Ladang-ladang agensi kerajaan atau GLC di Sabah/Sarawak.

3.4  Nisbah DF dengan luas kebun kelapa sawit pekebun kecil adalah lebih dari 1:200 hektardalam daerah premis dipohon. Rujuk Nisbah.

3.5  Premis pusat timbang/ pengumpulan hendaklah melebihi 500 meter dari bangunan awam  dan tidak dikawasan dilarang pihak berkuasa ( seperti jalanraya yang ada dua garisan (double line), jalan selekoh, sekolah, tempat beribadah, klinik,  masjid dsbnya.)

3.6  Premis hendaklah terletak melebihi dari  10 km  dari kilang kelapa sawit sedia ada.

3.7  Permohonan DF oleh kilang  buah sawit (MF)

i) Jarak pusat timbang hendaklah terletak melebihi 10 km dari kilang pesaing (Mill Gate).

ii) Hanya dilulus aktiviti membeli  buah kelapa sawit sahaja.

iii) Maksima 5 DF  bagi satu kilang  (Sabah/ Sarawak)

iv) Maksima 2 DF bagi satu  kilang  (Semenanjung )

3.8   Jarak Dengan Premis DF Lain

Premis hendaklah terletak  tidak kurang 2 km daripada premis DF sedia ada.

Pengawalan seliaan Kualiti Buah Sawit

4.1  Mempunyai  sekurang-kurangnya seorang penggred buah sawit berkelayakan. (sertakan sijil Kursus Penggredan yang dikeluarkan oleh MPOB)

4.2  Premis yang dipohon mampu memberi khidmat pengawalseliaan kualiti (menyediakan platform/lantai berkonkrit bagi tujuan menjalankan penggredan buah kelapa sawit)

Shopee:
Shopee: NanoGreen Whatsapp: NakNanoGreen Testimoni : NanoGreen

Garis Panduan Pembelian dan Penerimaan Buah Sawit

i. Hanya buah kelapa sawit milik seseorang yang mempunyai lesen atau perakuan kebenaran bagi aktiviti menjual dan mengalih buah kelapa sawit yang dikeluarkan oleh MPOB atau wakilnya sahaja dibeli.

ii. Peniaga buah kelapa sawit perlulah mendapatkan maklumat dari penjual terlebih dahulu mengenai tarikh tuaian, tempat atau lokasi buah kelapa sawit yang dituai akan dikumpul supaya dapat segera diuruskan pengangkutan bagi mengangkut buah kelapa sawit yang dituai itu ke pusat pengumpulan buah kelapa sawit atau sebaik-baiknya dihantar terus ke kilang buah kelapa sawit.

iii. Buah kelapa sawit yang diklasifikasikan sebagai tandan buah kelapa sawit bermutu rendah serta keratan tangkai dan bahan-bahan asing seperti pasir, batu dan tanah hendaklah tidak dimuatkan ke dalam kenderaan untuk diangkut ke pusat pengumpulan buah kelapa sawit atau ke kilang buah kelapa sawit.

iv. Semua buah relai yang terdapat di kawasan longgokan hendaklah dikutip dan dimuatkan ke dalam kenderaan sebelum diangkut.

v. Pengasingan atau pemisahan hendaklah dilakukan ke atas buah kelapa sawit yang dimiliki oleh penjual/pembekal buah kelapa sawit yang berbeza sekiranya dimuatkan ke dalam kenderaan yang sama supaya timbangan berat berasingan boleh dilakukan.

vi. Timbangan berat buah kelapa swit hendaklah dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI Unit) atau nit metrik (kilogram atau tan metrik) menggunakan alat timbangan di kilang kelapa sawit atau di pusat pengumpulan buah kelapa sawit atau dengan menggunakan manamana alat timbangan yang lain yang dipersetujui bersama di antara penjual atau wakilnya dengan peniaga buah kelapa sawit.

vii. Kualiti buah kelapa sawit hendaklah ditentukan dengan melakukan penggredan oleh peniaga buah kelapa sawit.

viii. Penetapan harga buah kelapa sawit oleh peniaga buah kelapa sawit hendaklah menggred mengikut Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB berasaskan kuantiti dan kualiti buah kelapa sawit yang dibeli dan dibayar mengikut 1% kadar perahan minyak sawit mentah.

ix. Butir-butir pembelian dan bayaran yang dibuat oleh peniaga buah kelapa awit kepada setiap penjual buah kelapa sawit hendaklah dicatatkan dengan jelas dalam baucer bayaran yang diserahkan salinan kepada penjual / pembekal buah kelapa sawit.

x. Pemegang lesen yang menerima bekalan buah kelapa sawit dari pembekal luar adalah dilarang menerima buah kelapa sawit muda.

Penyimpanan dan Penghantaran Buah Kelapa Sawit

image

i. Memastikan buah kelapa sawit yang dikumpul di pusat pengumpulan buah kelapa sawit hendaklah dihantar ke kilang buah kelapa sawit secepat mungkin dalam tempoh tidak melebihi 24 jam dari masa penerimaannya.

ii. Pembeli buah kelapa sawit ditegah mencampurkan buah kelapa sawit yang bermutu rendah dengan himpunan buah kelapa sawit bermutu tinggi.

iii. Peniaga buah kelapa sawit dilarang mencampur buah kelapa swit denan apa-apa benda asing seperti pasir, batu dan kayu, sama ada di tempat pengumpulan buah kelapa sawit, di atas kenderaan pengangkutan atau di mana-mana tempat pada bila-bila masa.

iv. Peniaga buah kelapa sawit dilarang mencampur buah kelapa sawit dengan apa-apa benda asing seperti pasir, batu dan kayu, sama ada di tempat pengumpulan atau mana-mana tempat pada bila-bila masa.

v. Memastikan bahagian muatan barangan di atas kenderaan pengangkutan bersih dari tanah, pasir atau apa-apa bahan asing yang berlebihan sebelum buah kelapa sawit dimuatkan ke atas kenderaan tersebut.

vi. Memastikan bahagian muatan kenderaan pengangkutan ditutup sebaikbaiknya denan kanvas atau penutup lain yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan semasa pengalihan buah kelapa sawit dilakukan.

Dapatkan di
Dapatkan di Shopee , Hubungi : Whatsapp

Penyimpanan Rekod

i. Memastikan rekod harian belian / penerimaan dan penjualan penghantaran buah kelapa sawit diselenggarakan dengan baik, serta penyerahan penyata bulanan dilakukan sebagaimana dikehendaki di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (1998) dan PeraturanPeraturan Subsidiari berkenaan.

ii. Memastikan semua dokumen urus niaga buah kelapa sawit seperti rekod harian dan jualan, salinan penyata bulanan, tiket timbang, salinan nota hantaran, salinan resit penerimaan bayaran dan penyata pembelian / penerimaan buah kelapa sawit oleh kilang / pembeli disimpan tidak kurang dua tahun dari tarikh kemasukan akhir mengikut nama yang berkenaan.

iii. Memastikan dalam semua rekod atau dokumen yang diselenggarakan atau dikeluarkan oleh peniaga buah kelapa sawit, nama penjual atau pembeli buah kelapa swit dan nombor lesen hendaklah seperti yang tercatat dalam lesen yang dikeluarkan oleh MPOB.

Rujukan

Panduan untuk Menjual Buah Sawit BTS

5 Hak Pekebun di Ramp Buah

4 Tips Tangani Manupulasi Timbah Buah

Sekian Sawit

~Oil Palm Pal

Perlukan pekerja? boleh rujuk database terkini

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Membina Ramp Sawit - Syarat MPOB membeli Buah Sawit

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.