Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV
🌴

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

Hasil dan Produktiviti satu kebun atau ladang kelapa sawit bergantung kepada banyak faktor.

Antaranya adalah

  • Jenis Tanah
  • Struktur Tanah
  • Input Baja
  • Bekalan Air

Selain dari faktor-faktor di atas, Baka Kelapa Sawit merupkan antara penyumbang utama dalam jumlah hasil buah tandan segar (BTS) yang dapat dikeluarkan.

Baka Sawit Yangambi ML161 keluaran FGV - FELDA Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) adalah antara baka sawit yang terbaik dan popular dalam industri kelapa sawit negara dan luar negara

Apakah Baka Sawit Yangambi ML161?

Yangambi ML161 merupakan Benih Sawit yang dihasilkan melalui serangkaian penelitian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak Jerantut, Pahang, Malaysia, melalui program pemuliaan benih yang telah berjalan lebih dari setengah abad yang lalu.

Nama ‘Yangambi’, merujuk kepada pohon Induk Pisifera yang digunakan dalam proses persilangan dan pembungaan yang dilakukan dengan sangat ketat.

Baka ini berasal dari suatu tempat di Wilayah Tengah Zaire, Afrika (kini lebih dikenali sebagai Kongo) yang dinamai Yangambi dan ML161 adalah kode pohon induk elit Pisifera yang digunakan sebagai rujukan dalam penelitian tersebut.

image

Ciri-ciri DxP Yangambi ML161

Ciri-ciri buah dan tandan DxP Yangambi ditunjukkan dalam jadual di bawah.

image

Purata bagi minyak kepada tandan ialah 30.2 % (bersamaan dengan 25.8 % kadar pengekstrakan minyak atau OER pada kadar penukaran 0.855).

Pokok kelapa sawit mempunyai bilangan tandan yang tinggi dengan tandan bersaiz sederhana. Tandan kurang berduri dan saiz buah adalah sederhana hingga besar.

Kandungan mesokarp kepada buah adalah tinggi. Saiz kernel adalah sederhana, manakala kandungan isirong hingga buah adalah sederhana

Benih Sawit Terbaik: Yangambi ML161

Benih sawit Yangamabi ML161 sekarang menjadi rebutan di Malaysia dan juga Indonesia.

Boleh dikatakan benih sawit ini adalah antara benih sawit yang terbaik. Negara-negara Afrika dan India juga mencari stok benih sawit yangambi ini.

Antara sebabnya adalah:

Hasil Tinggi

Keputusan pelbagai ujian keturunan oleh FASSB di keadaan pedalaman dan juga di bawah rupa bumi rata dengan permukaan air yang tinggi telah menunjukkan secara muktamad bahawa baka DxP Yangambi telah bergabung dengan baik untuk memberikan hasil minyak yang baik.

Benih Sawit Yangambi ini boleh mencecah hasil per Ha setinggi 37 tan satu hektar.

Baka ini juga memberikan buah-buahan yang lebih besar, mesokarp yang lebih tebal dan kekeruhan tandan yang berkurangan, yang sangat diingini oleh industri kelapa sawit Malaysia.

Pengeluar Reputasi baik

Pengeluar Benih Sawit Yangambi ML161 adalah FELDA Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) (FGV) yang merupakan antara syarikat terbesar dunia industri kelapa sawit.

Sambutan Luar Negara Tinggi

Benih Sawit Yangambi ini juga mendapat sambutan baik dari negara-negara luar seperti di bawah

Indonesia - 2.22 juta benih sawit

Honduras - 0.74 juta benih sawit

Kemboja - 0.38 juta benih sawit

image

Berapa Tan Buah Yangambi ML161 dapat hasilkan?

Beberapa kajian jumlah hasil telah dibuat untuk pekebun kecil dan juga ladang komersil.

Hasil kajian tersebut adalah di bawah

Kajian di Pekebun Kecil (hasil per hektar)

image

Kajian di Ladang Komersial (hasil per hektar)

image

Cara Untuk Dapatkan Benih Yangambi ML161

Baka sawit dan benih Yangambi ML161 boleh dapat terus dari FGV

Ataupun dari nurseri sawit yang berdaftar dengan MPOB.

Cara Memilih Benih Sawit Terbaik

CARA PEMILIHAN BENIH KELAPA SAWIT

Benih anak pokok kelapa sawit terbaik merupakan satu perniagaan perladangan yang sangat penting pada masa kini dengan harga minyak mentah sawit dan harga buah tandan segar (BTS) yang berada tahap tertinggi dalam sejarah.

Benih Sawit terbaik ini adalah benih sawit yang mampu mengeluarkan buah yang banyak, berat dan juga mempunyai kandungan minyak sawit mentah yang maksimum

Faktor-fator pemilihan benih sawit yang lain adalah

  • Benih sawit yang menjana produktiviti yang tinggi dan kandungan minyak baikt.
  • Benih sawit yang mempunyai kadar peninggian yang rendah
  • Benih sawit yang mempunyai potensi hasil yang tinggi - 30 hingga 40 mt per hektar.

Sumber Bahan Benih Sawit yang Berkualiti

Pengeluaran anak benih sawit berkualiti ditentukan oleh dua faktor utama. Faktor pertama adalah penggunaan biji benih terpilih DxP yang diperoleh daripada pengeluar yang berlesen dengan MPOB. Lazimnya potensi hasil adalah tinggi.

Piawai Malaysia (MS157) yang dikeluarkan oleh Jabatan Piawai Malaysia digunakan dalam menentukan pemilihan induk untuk penghasilan biji benih DxP. Ini bertujuan bagi memastikan agensi pengeluar biji benih di Malaysia menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti.

Piawai terkini dikeluarkan pada 2005 dan dikenali sebagai MS157: 2005.

Pengusaha ladang dan juga pekebun kecil perlu mendapatkan anak benih dari pengusaha tapak semaian yang menggunakan sumber bahan tanaman dari pengeluar biji benih yang sah. Mereka tidak digalakkan membeli dari sumber yang diragui walaupun harga yang ditawarkan mungkin lebih murah daripada harga pasaran. Anak benih yang tumbuh di bawah pokok juga tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman.

Sekiranya ia dilakukan, terdapat kebarangkalian bahawa bahan tanaman yang terhasil terdiri daripada campuran duratenera dan pisifera. Justeru, akan memberi hasil BTS dan minyak ke tandan yang rendah secara keseluruhannya. Perkara ini terjadi kerana biji benih di bawah pokok tersebut mungkin terhasil dari kacukan antara satu pokok tenera dengan pokok tenera yang lain di ladang tersebut (Rajah 6). Pengusaha ladang yang berkenaan akan mengalami kerugian sepanjang jangka hayat ekomoni tanaman sawit iaitu lebih kurang selama 25 tahun.

Pengeluar Biji Benih Berlesen di Malaysia

Sehingga Januari 2013, terdapat sebanyak 21 pengeluar biji benih sawit yang berlesen di Malaysia (Jadual 2).  Bagi memelihara kualiti bahan tanaman, agensi pengeluar biji benih komersial adalah tertakluk kepada Piawai Malaysia (MS157) iaitu spesifikasi untuk biji benih bagi tujuan tanaman komersial.  Sehingga kini, spesifikasi tersebut telah dikemaskini sebanyak tiga kali.

  • MS157: 1975
  • MS157: 1998 (Kemaskini pertama)
  • MS157: 1997 (Kemaskini kedua)
  • MS157: 2005 (Kemaskini ketiga)

Pengeluar Benih Sawit

Nama PengeluarTempat
Applied Agricultural Resources Sdn Bhd
Tawau, Sabah
Borneo Samudera Sdn Bhd
Tawau, Sabah
EPA Management Sdn Bhd
Kota Tinggi, Johor
FELCRA Plantation Services Sdn Bhd
Kluang, Johor
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd
Johor Bahru, Johor
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd
Jerantut, Pahang
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd
Lahad Datu, Sabah
IJM Plantations Bhd
Labuk/Sugut, Sabah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Kluang, Johor
Nalfin Planting Material Sdn Bhd
Hilir Perak, Perak
Pamol Plantations Sdn Bhd
Kluang, Johor
Pamol Estates (Sabah) Sdn Bhd
Labuk/Sugut, Sabah
Pertubuhan Peladang Negeri Johor
Kluang, Johor
RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd
Dungun, Terengganu
Sarawak Plantation Agriculture Sdn Bhd
Miri, Sarawak
Sasaran Ehsan Utama Sdn Bhd
Segamat, Johor
Sime Darby Seeds and Agricultural Services Sdn Bhd
Kluang, Johor
Sime Darby Seeds and Agricultural Services Sdn Bhd
Kuala Langat, Selangor
Sime Darby Seeds and Agricultural Services Sdn Bhd
Tawau, Sabah
United Plantations Berhad
Hilir Perak, Perak

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Berita Terbaru

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.