Racun Ecomax : Glyphosate - Harga, Fungsi & Kegunaan
☠️

Racun Ecomax : Glyphosate - Harga, Fungsi & Kegunaan

Ecomax adalah sejenis racun rumpai lepas cambah yang bertindak secara sistemik yang mengandungi perawis aktif dari kumpulan terbitan 'glycine' yang mengawal rumpai di kebun.

Racun Ecomax merupakan salah satu jenama bahan aktif glyphosate iaitu glyphosate isopropylammonium. Jenama lain yang menggunakan bahan aktif racun yang sama akan diberikan dalam artikel ini.

BELI Sekarang —>
BELI Sekarang —> : SIRI SAWIT I Koleksi Lain —> Koleksi Lain

Spesifikasi Racun Rumput

Nama Jenama Racun : Ecomax Bahan Aktif : glyphosate-isopropylammonium 41.0%w/w Kelas Racun : 3 Jenis Racun : Racun Sistemik, Racun Serap

image

Harga Racun Ecomax (June 2022)

Racun Ecomax : 1 liter - RM 35

Racun Ecomax : 4 liter - RM 140

Racun Ecomax : 20 Liter - RM 470

Harga Racun Ecomax (Feb 2023)

Racun Ecomax : 4 liter - RM 94 → Link Racun Ecomax

Sesuai digunakan jenis rumpai:

Rumput yang sesuai

Racun Ecomax atau glyphosate-isopropylammonium digunakan untuk mengawal rumput jenis daun halus seperti dalam gambar di atas.

Rumput yang Kurang Sesuai

Racun Ecomax atau glyphosate-isopropylammonium kurang sesuai digunakan untuk mengawal rumput sambau. Ini kerana rumput sambau mempunyai kekebalan (resistance) dan perlukan amaun yang banyak untuk membunuh.

Kajian MPOB menyatakan keberkesanan glyphosate dalam lingkungan 50% hingga 60% peratus sahaja.

Racun Sesuai untuk mengawal Rumput Sambau

Rumput yang Tidak Sesuai

Racun Ecomax atau glyphosate-isopropylammonium tidak sesuai digunakan untuk mengawal paku pakis atau anak kayu.

Label Racun

image

image

Jenama Lain yang menggunakan Glyphosate-isopropylammonium

Jenama Glyphosate isopropylammonium

JenamaKadar Kepekatan Pembuat
Ecomax
41.0%
Ken Up
41.0%
Kenso
Roundup
41.0%
Monsanto
Supremo 41.0
41.0%
Typhoon
41.0%
Hangus
41.0%
Inspect 41.0
41.0%
Challenge
41.0%
Rain-Up
41.0%
Rainbow
Syndax Clear-Up 41
41.0%
Set-Up 480
41.0%
Imaspro
Primme 48
41.0%
Imaspro
Ken-Round Extra
27.0%
Kenso
Omega 270
27.0%
CMC
Stamup
27.0%
Biovista
Spark
13.6%
Monsanto
Bm Glyphosate 136
13.6%
Mawah
13.6%
Farmchochem
Ken-Star Plus
13.6%
Kenso
Glyphotis
13.6%
Biotis
Shoot
13.6%
Imaspro
Select 13.6
13.6%
Hextar
Speedout
13.6%
Choon Huat

Racun Sama, Jenama Lain

Ken-UP

Apakah Racun Sistemik atau Racun Serap

RACUN SISTEMIK juga dikenali sebagai racun serap.

Racun ini bertindak dengan menyerap melalui bahagian daun dan menyerang keseluruhan bahagian pokok iaitu batang, pucuk, akar, buah dan lain-lain. Racun jenis ini memberi kesan yang lebih lama berbanding racun sentuh kerana membunuh keseluruhan sistem pokok.

Oleh itu, kekerapan untuk menyembur racun akan lebih kurang kerana tempoh untuk rumpai tumbuh kembali adalah lebih lambat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos.

Sekian Sawit,

~Oil Palm Pal

Video Terbaru - Cara Kira Harga Buah Sawit

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.