4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Baja adalah antara komponen paling penting dalam ladang atau kebun kelapa sawit.

Hasil buah adalah berkait langsung dengan input baja.

Keadaan ekonomi dunia sekarang menyaksikan harga minyak mentah sawit dan harga BTS (buah tandan segar yang paling tinggi dalam sejarah). Masalah rantaian bekalan juga telah naikkan harga-harga input pertanian seperti baja dan racun.

Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan cuba menjual ‘baja murah’ yang di bawah harga pasaran.

Ramai pekebun dan peladang yang mencari bekalan baja untuk pastikan hasil kebun sawit kekal tinggi. Ini mendorong penjual baja untuk pasarkan baja tiruan kepada mereka.

Baja Tulen - FB :
Baja Tulen - FB : Megabizz

Kandungan baja tiruan ini biasanya adalah jauh lebih rendah berbanding baja asli kerana dicampur dengan bahan lengai yang banyak seperti pasir atau batu hancur.

Cara untuk kenali baja tiruan

  1. Butiran Baja NPK yang hancur dan banyak serbuk
  2. Pembungkusan Guni yang kurang sempurna (warna pudar)
  3. Cetakan pada guni yang pudar atau tidak lurus.
  4. Baja yang berbau ammonia yang kuat (berbanding baja tulen)

Cara untuk pastikan baja adalah tulen dan bukan tiruan

  1. Pastikan kedai yang menjual baja ada pengedar berdaftar yang sah. Pengeluar baja seperti Behn Meyer hanya memberi baja mereka kepada pengedar berdaftar. Boleh minta surat lantikan pengedar sah bagi mana-mana pengeluar baja.
  2. Beli baja di kedai atau pengedar yang besar. Biasanya barangan di kedai/pengedar besar tidak menjual baja tiruan supaya bekalan baja tulen sentiasa ada. Pengedar lazimnya menjaga hubungan baik dengan pengeluar baja dan tidak akan jual baja tiruan.
  3. Jangan beli baja dari pengedar yang memberi harga jauh lebih murah berbanding pasaran. Jika harga pasaraan baja tersebut adalah RM120, jangan percaya orang yang menjual baja yang sama pada harga RM40. Harap tuan tidak percaya dengan harga yang murah ini.
  4. Sebelum beli kuantiti baja yang banyak, beli satu beg dahulu dan hantar sampel baja tersebut ke Jabatan Pertanian untuk ujian kimia baja. Setelah baja tersebut mengikut piawaian, boleh terus beli dengan berat yang banyak

image

Antara sampel baja tiruan dari FGV Analytical Laboratory

image
image
image

Baja tiruan hanya dapat dikenalpasti melalui laporan makmal. Jangan memberi tuduhan tanpa laporan makmal yang sah.

Laporan Analisa Baja

Laporan makmal merupakan bukti bahawa baja adalah tulen.

Jika beli terus dari pembekal baja, sila minta laporan analisa baja makmal.

Contoh Laporan

image

Cara menghantar sampel baja ke makmal

Bagi pemilihan baja yang lebih terperinci, Sampel tanah dan Sampel daun perlu dihantar untuk analisa. Perkhidmatan ini boleh di dapati dengan Jabatan Pertanian terdekat anda.

Selain jabatan pertanian, syarikat swasta turut memberi khidmat ini seperti di bawah

  • ESPEK Research and Advisory Services (ERAS)
  • FELCRA Plantation Services Sdn Bhd
  • FELCRA Niaga Sdn Bhd
  • Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pertanian
  • FGV Analytical Laboratory
  • LKKP Corporation Sdn Bhd

Sampel Tanah & Daun - Jabatan Pertanian

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Berita Terbaru

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.