Rumput Sambau - Racun Paling Berkesan Mengawalnya
☠️

Rumput Sambau - Racun Paling Berkesan Mengawalnya

Rumput Sambau merupakan sejenis rumput tahunan yang berasal daripada famili Graminae.

Rumput sambau adalah salah satu jenis rumput yang biasa ditemui di seluruh Malaysia. Rumput ini memiliki batang yang lemah dan berwarna hijau pucat. Daunnya berbentuk bulat telur dengan ujung yang runcing. Rumput sambau sering ditemukan tumbuh di pinggir jalan, tepi hutan, atau di ladang terbuka.

Rumput sambau dapat tumbuh dengan baik di daerah beriklim panas dan lembab. Rumput ini juga dapat tumbuh di bawah sinar matahari langsung, sehingga sering digunakan sebagai tanaman peredam panas di halaman rumah atau taman.

Spesifikasi Rumput Sambau

Nama Rumput : Rumput Sambau

Nama Saintifik : Eleusine indica

Nama Lain: Rumput Gelang Sambau, Rumput Kaki Angsa, Rumput Kaki Ayam

Famili : Graminae

image

Kawalan Rumput Sambau

Rumput sambau mempunyai daun halus dan batang yang liat. Rumput dewasa akan mengeluarkan bunga yang banyak dan menyebarkan benih untuk pembiakan rumput yang baru. Jika tidak di kawal, kawasan ladang akan penuh dengan rumput sambau ini.

Ini menjadi sebahagian masalah kepada petani kerana perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membunuh rumput sambau ini. Bukan semua jenis racun mampu membunuh rumput ini.

Rumput Sambau mendapat reputasi sebagai rumput untuk susah dibunuh dan liat mati.

Rumput ini telah menghasilkan tolerensi tinggi terhadap racun lazim seperti Racun Glyphosate (Racun Ecomax, Racun Roundup).

Oleh itu, rumput sambau hanya layu dan segar balik apabila cuba diracun menggunakan Racun Glyphosate.

Racun Rumput Sambau - Paling Berkesan

image

MPOB dan syarikar racun Ancom telah melakukan kajian untuk menentukan racun racun apakah yang paling berkesan untuk membunuh Rumput Sambau

Link kepada Kajian

Hasil kajian tersebut telah menentukan keberkesanan racun-racun di bawah

  1. MSMA + Diuron - 100% kematian rumput sambau
  2. Paraquat - 70% kematian rumput sambau
  3. Glufosinate (Basta) - 60% kematian rumput sambau
  4. Glyphosate isopropylammonium - 70% kematian rumput sambau

MSMA + Diuron atau nama komersialnya MONEX HC adalah racun paling berkesan dan paling kuat bagi mengawal rumput sambau ini.

Sekian Sawit,

~Oil Palm Pal

Video Terbaru - Cara Kira Harga Buah Sawit

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.