Pruning Sawit - Kepentingan, Cara & Teknik
🌴

Pruning Sawit - Kepentingan, Cara & Teknik

Apakah Pruning / Pemangkasan Sawit

Pemangkasan didefinisikan sebagai membuang pelepah yang mati, kering dan tua dari pokok sawit. Pemangkasan bertujuan untuk menentukan bilangan pelepah yang tinggal di atas pokok sentiasa mencukupi untuk memberi indeks keluasan daun yang optimum. Ini kerana daun memainkan peranan penting untuk menjana makanan melalui proses fotosintesis. Selain itu, pemangkasan penting untuk melancarkan operasi penuaian.

Apakah Pruning / Pemangkasan Sawit

  • Memudahkan penuaian (memotong tandan) dan penilaian buah masak untuk pokok tinggi selain mengelakkan buah relai tersangkut pada pelepah.
  • Pemangkasan mengikut syor dapat menggalakkan pengeluaran bunga betina, mengurangkan pengeluaran bunga jantan, meningkatkan berat tandan dan sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran.
  • Bilangan pelepah yang optimum boleh meningkatkan proses fotosintesis dan memberi hasil buah tandan segar (BTS) yang tinggi.
  • Mengurangkan kejadian tandan busuk terutama pada musim hujan yang disebabkan oleh kulat Marasmius palmivorus.

Baja Tulen - FB :
Baja Tulen - FB : Megabizz

Pruning Sawit - Buah Permulaan

Seperti di mana yang tuan tahu, pokok sawit dikatakan matang pada umur 36 bulan dan buah mula lebat mula umur pada 30 bulan ke atas.

Sebelum sampai ke umur 36 bulan, pekebun dah mula tuai buah yang ada. Dari pengalaman 13 tahun saya dalam bidang sawit. Kita harus buat satu round 'Pruning Persediaan Sebelum Tuai'.

Pruning Persediaan ni adalah pruning semua daun dari paras tanah ke buah. Ini dengan meninggalkan 2 lapis daun di bawah tandan buah.

image

Pokok umur 32 bulan

Lazimnya daun yang sentuh tanah sudah tidak berfungsi sebagai daun dan mula kering dengan bertukar warna coklat. Biasa orang akan tinggalkan pelepah itu sehingga rumput naik.

Utamakan 2 jenis pelepah

  • Daun yang mati kering
  • Daun yang sudah coklat dan mula kering
  • Daun yang menghalang buah yg perlu dituai

Oleh yang itu, bila kita pruning daun bawah ia tidak menjejaskan penumbesaran pokok.

Akan tetapi janganlah pruning sampai pokok botak.

Kelebihan pruning daun bawah sebelum penuaian buah.

  • Memberi akses kepada penuai buah
  • Kurangkan jangkitan kulat yang serang buah sawit
  • Keadaan yang terang tanpa semak, mengurangkan tempat hidup tikus
  • Dapat mengutip semua hasil tandan dan biji lerai sawit

Kepiawaian Pruning Sawit - Syor MPOB

image

Kategori Pruning Sawit

  1. Terlebih Pruning / Pangkas

Bilangan pelepah yang dipangkas kurang daripada yang diperlukan 1). Daripada kajian yang telah dijalankan, pemangkasan berlebihan boleh menjejaskan hasil pengeluaran BTS. Ini kerana pemangkasan berlebihan mempengaruhi pembentukan jantina bunga di mana pengeluaran bunga jantan lebih daripada pembentukan bunga betina. Kesan hasil BTS yang rendah akan berlaku dua tahun selepas pemangkasan berlebihan dibuat kerana pembentukan jantina bunga berlaku lebih kurang 20 hingga 24 bulan sebelum sesuatu tandan masak.

image

  1. Kurang Pruning / Pangkas

Keadaan di mana bilangan pelepah di atas pokok melebihi dari bilangan yang diperlukan mengikut umur sawit. Kurang pangkas akan menyukarkan kerja penuaian (memotong tandan) dan penilaian buah masak untuk pokok tinggi serta menyebabkan buah relai tersangkut pada pelepah.

image
image

Cara Susun Pelepah

Elakkan himpunan pelepah terlalu tinggi.Himpun pelepah secara rendah supaya cepat reput . Pelepah yang reput dapat meningkatkan bahan organik dan nutrien atau unsur pemakanan dalam tanah. Selain itu, ia juga dapat memelihara dan memperbaiki kelembapan tanah di samping mengurangkan hakisan terutamanya di kawasan berbukit. Kawasan peletakan pelepah akan dapat menggalakkan pertumbuhan akar sawit kesan daripada kelembapan tanah dan bahan organik yang mereput.

Sistem Tiga Segi Sama

image

Sistem Tanaman Sawit Dua Baris Berkembar

image

Untuk Kawasan Bukit/Teres

image

Rujukan MPOB

Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.

Sekian Sawit,

-Oil Palm Pal

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami 1

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.