Mekanisasi Sawit Terbaru : Sime Darby Plantation
🌴

Mekanisasi Sawit Terbaru : Sime Darby Plantation

Syarikat Perladangan Sime Darby Plantation telah mengadakan Hari Inovasi 2022 bermula pada 4 Mac sehingga 5 Mac 2022.

Pelbagai inovasi dan jentera mekanisasi telah dipamerkan dalam misi untuk jadikan Ladang Kelapa Sawit sebagai medan inovasi dan teknologi dalam sektor perladangan sejagat.

Antara mesin dan implemen yang dipamerkan termasuk

En. Hasrul (kanan) bersama jentera MTFA terkini.
En. Hasrul (kanan) bersama jentera MTFA terkini.

Antara spesifikasi mesin MTFA

image

MTFA - Mechanical Terrace Fertiliser Applicator yang dicipta oleh anak tempatan Pekan Pahang En. Hasrul Abdul Halim dari Sime Darby Plantation Berhad

Terdapat juga mesin mesin baru yang sedang dibangunkan untuk menolong meningkatkan produktiviti di ladang kelapa sawit.

Ekoran harga minyak mentah kelapa sawit melebihi RM8000 satu tan dan kekurangan pekerja ladang sawit yang ada, Sektor perladangan sawit perlu teknologi dan inovasi maju untuk berdaya saing dengan teknologi yang kini ada untuk Tanaman Kacang Soya dan Bunga matahari.

Kenapa Industri Sawit Memerlukan Mekanisasi

Kekurangan Pekerja Asing dan Kebergantungan Pekerja Asing

Sektor perladangan sawit berdepan dengan masalah kebergantungan yang tinggi kepada pekerja asing.

Oleh itu, pihak ladang perlu meningkatkan produktiviti melalui penggunaan mekanisasi dan penggunaan input pertanian secara berkesan memandangkan negara kini berdepan dengan masalah pengeluaran minyak sawit berikutan isu kekurangan tenaga buruh.

Sektor perladangan sawit berdepan keperluan mendesak sehingga perlu bergantung kepada penggunaan jentera apabila hanya terdapat 13,000 tenaga kerja asing di ladang kelapa sawit seluruh negara.

Mekanisasi Kelapa Sawit & Jentera

Apakah Mekanisasi?

Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan.

Faedah mekanisasi ladang

1. Menjimatkan masa– jam bekerja dapat dikurangkan– kerja cepat disiapkan

2. Menjimatkan tenaga pekerja– kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin– seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja

3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan– hasil kerja sekata/konsisten seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air

4. Menepati masa– kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa– elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran– kerja dapat disiapkan mengikut jadual

5. Memudahkan kerja– mengurangkan beban dan seksa kerja– pekerja tidak keletihan– kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan

Antara jenis mekanisasi ladang sawit adalah seperti di bawah:

Mekanisasi membaja

MESIN SPREADER Baja

Faedah : Dalam bidang pertanian, cara teknikal utama termasuk penyebar baja. Bagi pemilik kawasan yang luas, teknik ini dianggap sangat diperlukan, kerana ia membolehkan anda menyebarkan nutrien secara merata untuk meningkatkan mutu pertumbuhan tumbuhan.

image

Mekanisasi memotong buah tandan segar sawit

Cantas

Cantas merupakan mesin penuai kelapa sawit yang mempunyai tiga komponen utama iaitu kepala pemotong (sabit), galah dan enjin dua lejang yang dikuasakan oleh minyak petrol.

Cantas berupaya menuai dua kali ganda lebih pantas berbanding menggunakan alat tuaian secara manual iaitu pahat atau sabit.

image

Mesin dan Jentera Baru Sawit

Sime Darby Plantation Bhd (SDP) memanfaatkan kemajuan robotik untuk memajukan jentera atau mesin yang dapat digunakan untuk menuai buah tandan segar (FFB) kelapa sawit, yang dijangka siap untuk penggunaan dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunannya, Dr K Harikrishna, berkata sekiranya misi ini berjaya, industri mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, terutama dalam kerja-kerja membabitkan penuaian.

"Menjelang 2026, kami boleh kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Mungkin ia akan mengambil masa sedikit. Bagaimanapun, kami akan cuba percepatkan," katanya kepada Bernama.

Harikrishna berkata, syarikat perladangan itu kini bekerjasama dengan pakar dari beberapa negara untuk menghasilkan prototaip praktikal dan memperincikannya dari segi pembuatan, kos dan harga.

Skim Insentif Mekanisasi Sawit MPOB

Skim Insentif Mekanisasi Sawit (Opimis) yang diperkenalkan kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya menggalakkan penggunaan mekanisasi dalam sektor perladangan kelapa sawit bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.

Ketua Pengarah MPOB, Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, skim yang diperkenalkan pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penggiat industri, terutama pengusaha ladang dan pekebun kecil.

β€œTerdapat penerima Skim Opimis yang menunjukkan peningkatan produktiviti kerja sehingga 40 peratus.

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

πŸ“°
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.