Inisiatif Orang Tempatan - Pakar Mesin Kelapa Sawit
🚜

Inisiatif Orang Tempatan - Pakar Mesin Kelapa Sawit

Suatu kerjasama syarikat tempatan Agri Sumber Prestari Sdn Bhd sedang mencari Pakar-pakar mesin yang akan mengendali mesin canggih ladang kelapa sawit.

Peluang pekerjaan kepada generasi muda di industri perladangan tanah air dengan menggunakan jentera, mesin dan peralatan perladangan berteknologi terkini.

image

Faedah menyertai program Machine Specialist

  • Latihan Professional dari pelatih industri
  • Rumah Percuma
  • Elaun Permulaan Kerja
  • Cuti Tahunan
  • Kemudahan Rawatan Perubatan Percuma
  • Caruman KWSP majikan
  • Perlindungan Insurans & SOCSO

Latihan Profesional dari pelatih industri

image

image
image
image

Apakah caruman KWSP majikan?

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Majikan perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.

Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.

Contoh:

Gaji bulan Januari 2018

Maka Bulan Caruman adalah Februari 2018 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2018.

Penjelasan Akta:

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.