📰

Indonesia Bakal Hentikan Pembekuan Perluasan Ladang Sawit - Harga akan terjejas? 20/9/2021

JAKARTA - Sejak tarikh September 19, 2019, Presiden Joko Widodo mengharamkan semua perluasan ladang kelapa sawit baru dan pembukaan ladang sawit. Tujuan utama adalah untuk menjaga alam sekitar di mana punca jerebu datang dari pembakaran hutan.

Kini pembekuan ini sudah tamat dan Kerajaan Indonesia sama ada akan teruskan pembekuan atau tidak teruskan.

image

Harga komoditi minyak sawit pada masa kini adalah antara paling tinggi dalam sejarah dan bakal berubah berdasarkan keputusan Jakarta.

Jika Pembekuan Ladang Sawit ini diteruskan, Harga minyak kelapa sawit terus akan meninggi disebabkan kekurangan penghasilan dan pengeluaran terhad.

Jika Pembekuan ladang sawit dihentikan, Harga minyak kelapa sawit akan mula perjalanan ke arah penurunan di mana penghasilan minyak sawit akan naik setiap tahun.

Apa terjadi pun, Penghasilan minyak sawit Indonesia pada tahun ini dijagka meningkat sebanyak 2 juta tan minyak mentah (CPO) hasil daripada peningkatan produktiviti ladang dia kawasan Kalimantan.

Perbandingan negara yang menghasilkan minyak sawit.

image

Sudah tentu apa-apa polisi kelapa sawit di Indonesia akan mempengaruhi Harga Minyak Sawit Dunia.

Sekian Berita Sawit,

-Oil Palm Pal

Ruangan Komen

Sila tinggalkan apa apa komen/pendapat untuk dikongsi

Ruangan Komen

NamaKomen
Pelawat
Saya mencadangkan pembukaan ladang baru hanya utk masyarakat Kampong sahaja utk meningkat kan perelonomian penduduk.Untuk pembukaan hutan baru utk syarikat besar Wajib terus di bekukan demi menjaga kelestarian persekitaran kita.
Oil Palm Pal
Saya setuju. Pembukaan ladang baru di Indonesia punca jerebu

Berita lain

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Artikel Terbaru

5 Hak Pekebun di Ramp Buah (Penimbang Buah)

Cara Kira Keperluan Anak Sawit ?