Kerajaan Benarkan 32,000 pekerja ladang asing masuk - 17/9/2021
📰

Kerajaan Benarkan 32,000 pekerja ladang asing masuk - 17/9/2021

Putrajaya - Sektor perladangan di Malaysia mengalami masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal ketika ini.

image

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, sejak awal tahun lalu, seramai 1.7 juta pekerja asing direkodkan bekerja di negara ini dalam pelbagai sektor.

Sejak penularan wabak Covid-19 angka itu menurun kepada 1.2 juta selepas ramai yang pulang ke negara asal.

"Perkara ini menimbulkan risiko kerugian pendapatan negara yang dianggarkan berjumlah RM20 billion setahun terutamanya kepada sektor kelapa sawit"

-YB Dato' Sri Mustapa Mohamed,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Kenyataan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 12 September 2021 menyatakan terdapat kekurangan tenaga buruh dałam sektor perladangan termasuk kelapa sawit. Perkara ini menimbulkan risiko kerugian pendapatan negara yang dianggarkan berjumlah RM20 billion setahun terutamanya kepada sektor kelapa sawit.

Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk membenarkan kemasukan 32,000 pekerja asing di sektor perladangan secara pengecualian khas dan kenyataan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, KSM telah merangka Peraturan Tetap Operasi (SOP) dan mengenal pasti Pusat Kuarantin Pekerja Asing berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang boleh menampung seramai 2000 orang pekerja pada satu-satu masa. Ini adalah sebagai persediaan bagi pengambilan pekerja asing dari negara sumber sekiranya terdapat keperluan mendesak.

Ini petikan dari DATUK SERI M. SARAVANAN, MENTERI SUMBER MANUSIA.

image

Sekian Berita,

-Oil Palm Pal

Berita lain

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Artikel Terbaru

5 Hak Pekebun di Ramp Buah (Penimbang Buah)

Cara Kira Keperluan Anak Sawit ?