🌴

Berapa Pokok Sawit 1 Ekar ? Anak Sawit

Apabila kita ingin tanam semula kebun sawit kita, Ada satu soalan yang kita perlu jawab iaitu:

Berapa pokok sawit yang diperlukan?

Sebelum kita jawab persoalan di atas, perlu pastikan unit luas yang digunakan.

Biasanya seorang pekebun kecil akan tanya soalan ini dalam bentuk ekar atau hektar.

Berapa pokok sawit untuk 1 ekar ?

Berapa pokok sawit untuk 1 hektar?

Ini soalan yang betul untuk ditanyakan.

1 hektar = 2.47 ekar

Di bawah adalah cara kiraan lazim bagi mengira keperluan anak sawit

image

Contoh kiraan pokok untuk 2.3ekar

  • Cara kiraan keperluan pokok biasanya standard industri adalah 136 pokok untuk 1 Hektar atau 56 pokok untuk satu ekar.
  • Biasanya orang akan bundarkan tepat jadi 60 atau 70 pokok satu ekar,

Formula Lazim

1 Hektar = 136 pokok (jarak pokok 30 kaki)
1 Hektar = 148 pokok (jarak pokok 29 kaki)
1 Ekar = 56 pokok (jarak pokok 30 kaki)
1 Ekar = 60 pokok (jarak pokok 29 kaki)

Keluasan tanah X Formula kiraan pokok + 10% lebihan = Jumlah pokok yang diperlukan

Bagi kebun

2.3 ekar = 129 pokok

  • Apabila kita order pokok, kita kene ambik kira pokok yang mati dalam perjalanan atau pada permulaan penanaman.
  • Oleh yang demikian saya syorkan order extra 10% daripada keperluan tetapi ini bergantung kepada bajet.
  • Lebihan 10% ini, adalah untuk mengambil kira pokok yang mati dalam perjalanan atau pun pokok yang mati masa permulaan proses menanam pokok. Dua perkara ini adalah lumrah dalam kerja-kerja menanam baru pokok kelapa sawit.

Jadinya

2.3 ekar = 142 pokok

image

Kepentingan Jarak Tanaman Sawit

Kuantiti berapa pokok sawit untuk 1 ekar atau 1 hektar adalah penting bagi menentukan jarak tanaman sawit.

Tujuan utama menggunakan jarak tanaman sawit yang betul adalah untuk

  • Memaksimumkan hasil keluaran tanaman kepala sawit
  • Memaksimumkan penggunaan tanah untuk kebun atau ladang kelapa sawit

Jarak tanaman yang biasa digunakan adalah seperti di bawah (hektar)

1 Hektar = 136 pokok (jarak pokok 30 kaki)
1 Hektar = 148 pokok (jarak pokok 29 kaki)
1 Hektar = 160 pokok (jarak pokok 28 kaki)

Berapa Lama untuk Sawit Keluarkan Hasil ?

Secara lazimnya pokok kelapa sawit akan mula keluarkan hasil pada bulan ke 20 atau 1.5 tahun lepas tarikh tanam pokok. Akan tetapi hasil ini adalah dalam bentuk bunga tidak matang atau buah permulaan.

Hasil buah yang cukup sifat biasa akan mula keluar pada bulan ke 28-30.

Tahun ketiga atau bulan ke 36 buah akan mula berat.

Berapa Hasil Sawit 1 ekar?

Soalan ini selalu ditanya dalam soal sawit. Hasil sawit bergantung kepada umur pokok disebabkan pada setiap peringkat hidup pokok sawit hasilnya adalah berbeza.

Jika satu ladang atau kebun ada peringkat umur yang berbeza, hasil biasa akan dipuratakan.

Hasil purata sawit setahun dengan penjagaan bagus

Peringkat Matang

25 tan satu hektar = 10.12 tan satu ekar

Peringkat Tua

16 tan satu hektar = 6.48 tan satu ekar

Purata MPOB seluruh malaysia

MPOB pun telah ambil data seluruh negara untuk dapatkan purata hasil. Biasanya pekebun kecil boleh dapat hasil yang lebih disebabkan kawasan penjagaan pekebun adalah tidak besar. Peringatan bahawa data purata ini adalah purata semua peringkat umur sawit.

Purata MPOB : 15.47 tan satu hektar = 6.26 satu ekar

image

Whatsapp:
Whatsapp: Baja Organik Webpage : Baja Kompos

Pemilihan Anak Benih Sawit

Tuan-tuan perlu memilih dari nurseri yang ada lesen nurseri MPOB.

Produk keluaran dari syarikat besar sawit rata-rata bagus belaka, Baka DxP

Syarikat ini termasuk Felda, Risda, Sime Darby, Flecra. Ini bergantung kepada lokasi puan.

  • Umur pokok untuk menanam adalah 11-12 bulan. Apabila dah 14 bulan ke atas, akar dah mula terbantut kerana dah mula cuba tembus polibeg. Pokok akan lebih mudah 'shock' atau kering bila umur menanam melebihi 14 bulan.

Antara baka sawit pilihan adalah

  1. FGV - Yangambi ML161

❗Pastikan Tapak Semaian Sawit ada Lesen MPOB❗

Cara Memilih Benih Sawit Terbaik

Cara Pemilihan Benih Sawit Terbaik

Benih anak pokok kelapa sawit terbaik merupakan satu perniagaan perladangan yang sangat penting pada masa kini dengan harga minyak mentah sawit dan harga buah tandan segar (BTS) yang berada tahap tertinggi dalam sejarah.

Benih Sawit terbaik ini adalah benih sawit yang mampu mengeluarkan buah yang banyak, berat dan juga mempunyai kandungan minyak sawit mentah yang maksimum

Faktor-fator pemilihan benih sawit yang lain adalah

  • Benih sawit yang menjana produktiviti yang tinggi dan kandungan minyak baikt.
  • Benih sawit yang mempunyai kadar peninggian yang rendah
  • Benih sawit yang mempunyai potensi hasil yang tinggi - 30 hingga 40 mt per hektar.

Sumber Bahan Benih Sawit yang Berkualiti

Pengeluaran anak benih sawit berkualiti ditentukan oleh dua faktor utama. Faktor pertama adalah penggunaan biji benih terpilih DxP yang diperoleh daripada pengeluar yang berlesen dengan MPOB. Lazimnya potensi hasil adalah tinggi.

Piawai Malaysia (MS157) yang dikeluarkan oleh Jabatan Piawai Malaysia digunakan dalam menentukan pemilihan induk untuk penghasilan biji benih DxP. Ini bertujuan bagi memastikan agensi pengeluar biji benih di Malaysia menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti.

Piawai terkini dikeluarkan pada 2005 dan dikenali sebagai MS157: 2005.

Pengusaha ladang dan juga pekebun kecil perlu mendapatkan anak benih dari pengusaha tapak semaian yang menggunakan sumber bahan tanaman dari pengeluar biji benih yang sah. Mereka tidak digalakkan membeli dari sumber yang diragui walaupun harga yang ditawarkan mungkin lebih murah daripada harga pasaran. Anak benih yang tumbuh di bawah pokok juga tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman.

Sekiranya ia dilakukan, terdapat kebarangkalian bahawa bahan tanaman yang terhasil terdiri daripada campuran duratenera dan pisifera. Justeru, akan memberi hasil BTS dan minyak ke tandan yang rendah secara keseluruhannya. Perkara ini terjadi kerana biji benih di bawah pokok tersebut mungkin terhasil dari kacukan antara satu pokok tenera dengan pokok tenera yang lain di ladang tersebut (Rajah 6). Pengusaha ladang yang berkenaan akan mengalami kerugian sepanjang jangka hayat ekomoni tanaman sawit iaitu lebih kurang selama 25 tahun.

Pengeluar Biji Benih Berlesen di Malaysia

Sehingga Januari 2013, terdapat sebanyak 21 pengeluar biji benih sawit yang berlesen di Malaysia (Jadual 2).  Bagi memelihara kualiti bahan tanaman, agensi pengeluar biji benih komersial adalah tertakluk kepada Piawai Malaysia (MS157) iaitu spesifikasi untuk biji benih bagi tujuan tanaman komersial.  Sehingga kini, spesifikasi tersebut telah dikemaskini sebanyak tiga kali.

  • MS157: 1975
  • MS157: 1998 (Kemaskini pertama)
  • MS157: 1997 (Kemaskini kedua)
  • MS157: 2005 (Kemaskini ketiga)

Pengeluar Benih Sawit 1

Nama PengeluarTempat
Applied Agricultural Resources Sdn Bhd
Tawau, Sabah
Borneo Samudera Sdn Bhd
Tawau, Sabah
EPA Management Sdn Bhd
Kota Tinggi, Johor
FELCRA Plantation Services Sdn Bhd
Kluang, Johor
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd
Johor Bahru, Johor
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd
Jerantut, Pahang
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd
Lahad Datu, Sabah
IJM Plantations Bhd
Labuk/Sugut, Sabah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Kluang, Johor
Nalfin Planting Material Sdn Bhd
Hilir Perak, Perak
Pamol Plantations Sdn Bhd
Kluang, Johor
Pamol Estates (Sabah) Sdn Bhd
Labuk/Sugut, Sabah
Pertubuhan Peladang Negeri Johor
Kluang, Johor
RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd
Dungun, Terengganu
Sarawak Plantation Agriculture Sdn Bhd
Miri, Sarawak
Sasaran Ehsan Utama Sdn Bhd
Segamat, Johor
Sime Darby Seeds and Agricultural Services Sdn Bhd
Kluang, Johor
Sime Darby Seeds and Agricultural Services Sdn Bhd
Kuala Langat, Selangor
Sime Darby Seeds and Agricultural Services Sdn Bhd
Tawau, Sabah
United Plantations Berhad
Hilir Perak, Perak

Harap ilmu ini bermanfaat. Saya akan share ilmu2 sawit pada masa ke semasa,

Terima kasih kerana bertanya dia Soal Sawit - Oil Palm Pal.

Perlukan Racun Rumput, Racun Serangga?

🛒
Kedai Sawit Anda - Sawit Store

Berita Terbaru

Sarawak bakal menjadi pengeluar minyak sawit terbesar Malaysia

Harga minyak kelapa sawit tertinggi hasil krisis tenaga China - RM4720/mt

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

Pertandingan Fotografi Sawit Antarabangsa - Hadiah $1000

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.