Racun Ken Up : Glyphosate - Harga, Fungsi & Kegunaan (1)
☠️

Racun Ken Up : Glyphosate - Harga, Fungsi & Kegunaan (1)

Racun Ken Up adalah sejenis racun rumpai lepas cambah yang bertindak secara sistemik yang mengandungi perawis aktif dari kumpulan terbitan 'glycine' yang mengawal rumpai di kebun.

Spesifikasi Racun Rumput

Nama Jenama Racun : Ken Up Bahan Aktif : glyphosate-isopropylammonium 41.0%w/w Kelas Racun : 3 Jenis Racun : Racun Sistemik, Racun Serap

image

Harga Racun Ken-Up (June 2022)

Racun Ken Up : 1 liter - RM 35

Racun Ken Up : 20 Liter - RM 590

Sesuai digunakan jenis rumpai:

Rumput yang sesuai

Racun Kenup atau glyphosate-isopropylammonium digunakan untuk mengawal rumput jenis daun halus seperti dalam gambar di atas.

Rumput yang Kurang Sesuai

Racun Kenup atau glyphosate-isopropylammonium kurang sesuai digunakan untuk mengawal rumput sambau. Ini kerana rumput sambau mempunyai kekebalan (resistance) dan perlukan amaun yang banyak untuk membunuh.

Kajian MPOB menyatakan keberkesanan glyphosate dalam lingkungan 50% hingga 60% peratus sahaja.

Rumput yang Tidak Sesuai

Racun Kenup atau glyphosate-isopropylammonium tidak sesuai digunakan untuk mengawal paku pakis atau anak kayu.

Label Racun Ken Up

image

image

Apakah Racun Sistemik atau Racun Serap

RACUN SISTEMIK juga dikenali sebagai racun serap.

Racun ini bertindak dengan menyerap melalui bahagian daun dan menyerang keseluruhan bahagian pokok iaitu batang, pucuk, akar, buah dan lain-lain. Racun jenis ini memberi kesan yang lebih lama berbanding racun sentuh kerana membunuh keseluruhan sistem pokok.

Oleh itu, kekerapan untuk menyembur racun akan lebih kurang kerana tempoh untuk rumpai tumbuh kembali adalah lebih lambat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos.

Sekian Sawit,

~Oil Palm Pal

Video Terbaru - Cara Kira Harga Buah Sawit

Berita Terbaru

NGO Barat senaraikan amaran tebang hutan di Malaysia/Indonesia

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baka Sawit Yangambi ML161 - Produk terhangat FGV

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.