Baja MOP - Fungsi & Penggunaan
🌴

Baja MOP - Fungsi & Penggunaan

Muriate Of Potash ( MOP ) adalah merupakan sejenis baja tunggal berketumpatan tinggi , mengandungi K2O atau dikenali sebagai Kalium klorida. ( MOP ) merupakan baja kalium universal/ umum yang sesuai untuk semua tanaman yang toleran terhadap klorida dan dapat diaplikasikan pada semua jenis tanah.

Baja MOP ini juga dikenali sebagai potassium chloride atau potassium klorida mempunyai kandungan Kalium sebanyak 60%. Baja MOP merupakan antara baja paling tinggi kandungan Kalium (potash) yang sangat penting untuk pertingkatkan penghasilan buah kelapa sawit. Oleh sebab penting untuk buah, baja MOP sering dipanggil ‘Baja Buah’.

MOP - Muriate of Potash

  • Nutrient : Potash (K- Kalium) (60%) 0-0-60
  • Jenis : Baja Tunggal, Baja Satu unsur
  • Nama Pasaran : Baja MOP, Baja Buah

image

Pentingnya Kalium dalam produksi kelapa sawit. kerana dengan tingkat pertumbuhan yang tinggi dari kelapa sawit, keperluan nutrisinya juga sangat besar.

Kalium terlibat dalam banyak fungsi biokimia dan secara positif mempengaruhi hasil pada berbagai jenis tanah ( ukuran tandan dan jumlah tandan) Dengan tambahan nitrogen, kalium menyebabkan kesan sinergi yang meningkatkan pertumbuhan, hasil per tandan dan nisbah minyak per tandan.

image

Fungsi-fungsi utama MOP :

  • Menguatkan batang
  • Agen mengangkut glukosa dari dalam tanah
  • Meningkatkan penghasilan bunga
  • Tahan penyakit ( Serangan anai-anai dan Ganoderma)
  • Meningkatkan kualiti buah

Fungsi Kalium untuk Sawit

Baja MOP merupakan antara baja paling tinggi kandungan Kalium (potash) yang sangat penting untuk pertingkatkan penghasilan buah kelapa sawit.

Fungsi K adalah untuk kesuburan dan pengeluaran bunga / buah. Pokok sawit memerlukan nutrien K yang tinggi berbanding dengan nutrien lain.

Penggunaan baja K (kalium klorida) yang berlebihan mempengaruhi pengambilan boron yang akan memberi kesan negatif terhadap kadar perahan minyak. Pengambilan nutrien K yang berlebihan oleh pokok juga akan menyebabkan pengurangan pengambilan Mg di dalam daun. Ini mewujudkan ketidakseimbangan nisbah nutrien K kepada Mg.

Tanda kekurangan K (Kalium) pada kelapa sawit

Pokok akan menunjukkan tanda tanda di bawah jika nutrien kalium tidak mencukupi,

Kekurangan K dapat dilihat tandanya dengan lai daun berbintik jingga dan tanda jaluran putih

Antaranya adalah

Bintik-bintik oren akan mula keluar di daun kelapa sawit.

image
image
image

Kursus Sawit dalam pengunaan baja yang efisyen dan berkesan

Jenis Baja Sawit yang Lain

Baja Urea

Baja Urea atau pupuk Urea adalah sejenis baja nitrogen yang mempunyai nisbah NPK (nitrogen-phosphorus-Kalium) 46-0-0. Ini bermakna kandungan nitrogen adalah 46%.

Urea merupakan antara baja nitrogen murah yang ada di pasaran, akan tetapi pasaran sekarang telah menunjukkan kenaikan harga bagi semua jenis baja.

Baja Boron

Boron merupakan antara nutrien mikro atau mikronutrien paling penting dalam pertumbuhan pokok kelapa sawit. Baja sawit (pupuk sawit) ini perlu menjadi prioriti bagi ladang dan juga pekebun kecil.

Harap semua pembaca dapat manfaat dengan Artikel ini.

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Video Terbaru

Cara untuk kira harga Buah Sawit 1% OER

Berita Terbaru

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit.

Saya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.