32,000 pekerja ladang asing sampai bulan ini : Menteri Perladangan Malaysia
📰

32,000 pekerja ladang asing sampai bulan ini : Menteri Perladangan Malaysia

4 Oktober

Seramai 32,000 buruh asing yang sudah lengkap divaksin akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pekerja dan penuai di ladang-ladang kelapa sawit di seluruh negara pada pertengahan bulan ini.

Berita ini mula dapat perhatian pada bulan lepas pada 17 September

Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk membenarkan kemasukan 32,000 pekerja asing di sektor perladangan secara pengecualian khas dan kenyataan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed
DATUK SERI M. SARAVANAN, MENTERI SUMBER MANUSIA.

Berita 17 September

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu telah diluluskan oleh Kabinet dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Perkara ini perlu disegerakan bagi meningkatkan eksport negara. Kita masih mengharapkan penggunaan buruh asing memandangkan rakyat tempatan belum berkemahiran untuk menjadi penuai dan pekerja ladang.
“Satu masa nanti diharap negara akan mempunyai kemahiran tenaga kerja tempatan, seiring dengan industri yang lebih berteknologi tinggi,”

Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Syarat-syarat kemasaukan pekerja asing

Kemasukan pekerja ini berdasarkan beberapa syarat antaranya:

  • Vaksin 2 dos lengkap
  • Kuarantin 14 hari setelah ketibaan
  • Mengikut ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
  • Mempunya permit kerja dan pasport yang sah

Status COVID negara asing

Dengan kemasukan pekerja asing, tentu ada kerisauan berkait rapat dengan kemasukan COVID19 dan Varian Delta COVID19

Berikut adalah data kes COVID per satu juta penduduk tarikh 2 October

Kes COVID Baru per 1 juta penduduk

image

Kematian COVID Baru per 1 juta penduduk

image

Sekian Berita Sawit,

Oil Palm Pal

Berita Terbaru

Harga minyak kelapa sawit tertinggi hasil krisis tenaga China - RM4720/mt

Kemasukan warganegara India, Bangladesh & Nepal dibenarkan - Imigresen 21/09/2021

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

Pertandingan Fotografi Sawit Antarabangsa - Hadiah $1000

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.