Berapa Lama Pokok Sawit Keluarkan Hasil?
🌴

Berapa Lama Pokok Sawit Keluarkan Hasil?

Kelapa sawit adalah salah satu jenis pokok yang boleh ditanam di Malaysia. Ia banyak digunakan dalam industri pengeluaran minyak, kerana hasilnya yang tinggi dan mudah dihasilkan.

Pokok sawit akan bermula menghasilkan buah pada usia sekitar dua tahun, dan setiap bulan akan menghasilkan lebih banyak.

Buah tandan segar BTS akan dituai pada usia antara dua hingga dua puluh lima tahun, dan akan dituai untuk diperah dan dijadikan minyak kelapa sawit.

Berapa Lama Pokok Sawit Keluarkan Hasil?

Pokok sawit memerlukan masa 2 tahun hingga 2.5 tahun sebelum ia dapat menghasilkan bauh. Pada umumnya ia mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sebelum pokok sawit dapat menghasilkan getah. Namun, usia pokok akan meningkat dan menghasilkan lebih banyak getah bergantung kepada perawatan dan teknik pemangkasan yang digunakan.

Sifat Pembiakan (Bunga Jantan dan Bunga Betina)

Kelapa sawit adalah jenis sejantina di mana bunga jantan dan betina berasingan tetapi pada pokok yang sama. Jambak bunga jantan berupa seperti jari berwarna kuning keputihan dan mengorak dari pangkal ke hujung bagi tiap-tiap spikelet. Semasa mengorak bunga jantan berbau seperti bau jintan manis atau bau sarsi. Jambak betina berbentuk kudup, berwarna putih kekuningan dan berubah menjadi coklat merah jambu selepas peringkat mengorak. Semasa mengorak, bau bunga betina juga seperti bau jintan manis.

Buah

Masak di antara 5-6 bulan selepas pendebungaan. Setiap bahagian dalam buah kelapa sawit (bahagian luar-esokarpa, bahagian tengah-mesokarpa, bahagian dalam-endokarpa) mengeluarkan minyak yang berlainan sifat.

Keperluan Iklim dan Air

Dari segi iklim, kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan beriklim seperti taburan hujan sebanyak 2000mm atau lebih sepanjang tahun, bersuhu lebih kurang 29C hingga 30C berserta cahaya matahari yang terus menerus selama sekurang-kurangnya 5 jam sehari dalam setiap bulan dalam setahun.

PENUAIAN / PUNGUTAN HASIL

Menuai adalah proses memetik buah kelapa sawit yang masak untuk mendapatkan minyak yang maksima dan berkualiti tinggi. Minyak yang berkualiti tinggi diperolehi dari buah yang mempunyai kandungan asid lemak bebas (Free Fatty Acid - FFA) yang rendah iaitu 2 – 3 . Sekiranya kandungan FFA mencapai 5% atau lebih maka kualiti minyak dikira rendah dan menurunkan harga pasaran.

Ada banyak perkara yang menyebabkan kejatuhan kualiti minyak antaranya :

  • Buah yang dipotong terlalu masak
  • Buah yang belum masak tetapi telah dituai
  • Buah yang baik didapati luka atau cacat semasa aktiviti memotong atau memunggah.
  • Tandan buah yang baik disimpan lebih 24 jam sebelum diproses
  • Buah bercampur dengan debu atau tanah semasa mengumpulkannya.

Prinsip Penuaian:

Pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil selepas 2 1/2 - 3 tahun ditanam diladang dan boleh dituai 5 - 6 bulan selepas pendebungaan.

Penuaian boleh dilakukan menggunakan galah bagi pokok tinggi dan pahat untuk pokok yang rendah. Pusingan menuai yang biasa ialah setiap 10 hari atau tiga kali dalam sebulan.

Tandan dikira masak apabila warna buah telah menjadi jingga (orange) kemerahan dan ada buah gugur dari tandan dengan ukuran 1 buah lerai gugur bagi setiap 1 kg berat tandan buah.

Potong pelepah bawah tandan masak untuk memudahkan memotong tandan. Jangan memotong pelepah lain.

Potong seberapa hampir kepada batang pokok (10 -15 cm) supaya buah longgar tidak jatuh di celah pelepah. Angkut buah yang telah dipotong bersama buah lerai dan letakkan di dataran pentas tuai.

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Berita Terbaru

India Potong Cukai Import - Dorong import Minyak Sawit Malaysia

Indonesia uji kapal terbang gunakan bio-jet sawit 2.4 %

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

4 Cara Elak Baja Tiruan - Kenali Baja Tiruan

4 Tips Tangani Manipulasi Timbang Buah Kelapa Sawit

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami (1)

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.