Harga Racun Naik Melampau - Punca dan Sebab
☠️

Harga Racun Naik Melampau - Punca dan Sebab

Baru-baru ini harga racun rumput dan racun serangga telah meningkat secara mendadak. Banyak persoalan yang timbul dan orang ramai telah salahkan perniagaan yang menjual barangan racun ini.

Topik atau soalan yang hangat dibincangkan di internet dan media sosial seperti di bawah

Kenapa Harga Racun Rumput Naik?

Apa Penyebab Harga Racun Naik?

Berapa Harga Racun Sekarang?

Macam macam soalan ditanyakan setiap hari, Harap artikel ini dapat membantu menjawab soalan-soalan di atas.

Tanaman industri seperti kelapa sawit, getah, sayuran dan buah-buahan memerlukan input pertanian yang banyak untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.

Antara input yang terbesar adalah

  • Baja
  • Racun Rumput & Racun Serangga

Sudah tentu pekebun dan peladang akan rasa tidak puas hati sebab harga yang melambung tinggi dan akan salahkan perniagaan yang menjual racun tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa harga racun melambung tinggi, kita semua perlu lihat dari punca asal iaitu negara pengeluar racun.

Punca Lazim kenaikan harga produk

  • Peningkatan Kos Bahan Mentah
  • Pengurangan Keluaran
  • Peningkatan Kos Pengangkutan (Kapal & Transit)
  • Peningkatan Permintaan

Peningkatan Kos Bahan Mentah

Racun rumput atau racun serangga semestinya ada bahan mentah untuk dirumuskan menjadi racun. Produk petrokimia dan produk petroleum adalah contoh bahan mentah bagi racun.

Oleh yang demikian, jika harga petroleum meningkat, harga racun akan ikut sekali.

Sebagai contoh, Racun Glyphosate dengan nama pasaran Ecomax, Round-up, Sentry, Ken-up dan lain lain merupakan racun rumput paling banyak dalam dunia.

Pengeluaran racun glyphosate adalah 60%+ asal dari China.

Mari kita lihat kos pengeluaran pengeluar Glyphosate

Glyphosate (Ecomax, Round-up, Sentry, Ken-up, Krush)

Credit: Agribusinessglobal.com

image

Harga bahan mentah Racun Glyphosate per kilogram ($USD) kini adalah pada paras tertinggi dalam sejarah seperti di bawah

September 2021 : $8.03 (RM33.59)
September 2020 : $3.60 (RM12.80)
September 2019 : $3.53 (RM14.77)

Dari carta di atas, kita dapat lihat kos bahan mentah melonjak lebih daripada dua kali ganda pada tahun 2021. Kenaikan kos ini dapat dilihat dalam kenaikan harga-harga racun di kedai input pertanian yang menjadi rungutan bagi semua peladang dan petani.

Kesan kenaikan harga racun rumput ini :

Harga pasaran racun semasa:

Racun Ken Up : Glyphosate

Racun Ken Up 20 liter:

June 2022: RM 590

Racun Ken Up 1 liter:

June 2022: RM 35

Racun Ecomax : Glyphosate

Racun Ecomax 20 liter :

June 2022: RM 470

July 2021: RM455

Racun Ecomax 4 liter :

June 2022: RM 110

July 2021: RM88

Racun Ecomax 1 liter :

June 2022: RM 35

July 2021: RM 28

Glufosinate (Basta, Kenbast, Tarang)

Credit: Agribusinessglobal.com

image

Harga bahan mentah Racun Glufosinate per kilogram ($USD) kini adalah pada paras tertinggi dalam sejarah seperti di bawah

September 2021 : $46.34 (RM193.84)
September 2020 : $23.80 (RM99.56)
September 2019 : $15.28 (RM63.92)

Pengurangan hasil bahan mentah

Gangguan penghasilan bahan mentah juga menjadi punca besar kekurangan stok racun dunia. Antara gangguan yang baru berlaku adalah : Contoh gangguan bekalan Glyphosate.

Banjir Sungai Yantze di China

Banjir terburuk sejak sedekad lalu di kawasan Sungai Yangtze di China menyebabkan tembok penahan banjir runtuh akibat arus deras dan kawasan kediaman kini menjadi terusan air.

Lembah sungai dan kawasan berdekatan terjejas teruk di mana jutaan penduduk terpaksa melarikan diri dari banjir.

Rumah dihanyut oleh banjir di sungai
Rumah dihanyut oleh banjir di sungai

Kesannya: Banyak kilang agrokimia terpaksa tutup lalu menjejaskan bekalan racun dunia.

Krisis Tenaga di Texas, Amerika Syarikat

Penutupan stesen janakuasa di Texas berlaku pada Februari 2021. Ketiadaan tenaga elektirk ini telah menutup kilang penghasilan Glyphosate terbesar benua Amerika. Bekalan racun glyphosate bagi benua Amerika terputus dan perlu import lagi banyak dari China. Ini melektakkan lagi banyak stress kepada stok bekalan dunia racun.

Dapatkan di
Dapatkan di Shopee , Hubungi : Whatsapp

Peningkatan Harga Pengangkutan Kapal & Kos Pelabuhan

Bila racun dah siap untuk dipasarkan di Malaysia, produk racun tersebut perlu diangkut dari negara pengeluar seperti China ke Malaysia menggunakan Kapal Kontena.

Sejak penularan Covid ini pada tahun 2020, harga pengangkutan kapal kontena telah meroket dari $4000 ke $12000 per kontena 40 kaki dalam masa setahun.

image

Satu Kapal kontena boleh membawa 1000 kontena. Anggaran kos pengangkutan satu kapal

Tahun 2020 : $4,000,000 (RM16,732,000)

Tahun 2021: $12,000,000 (RM50,196,000)

Harganya adalah 3 kali ganda dari harga pada tahun 2020. Tidak peliklah kalau harga racun sekarang berlipat kali ganda.

Carta menunjukkan sejarah harga bagi satu kontena kapal
Carta menunjukkan sejarah harga bagi satu kontena kapal

Selain dari pada kos pengangkutan kapal, kos pelabuhan pun makin tinggi disebabkan kapal dan anak kapal perlu kuarantin COVID19. Kos pelabuhan dikira mengikut berapa hari kapal berlabuh darab dengan bilangan kontena.

Sudah tentu kos akan melambung tinggi jika berlabuh pada masa yang lama iaitu kuarantin untuk 14 hari. Kekurangan logistik pengangkutan lori dan kren juga melambatkan proses penurunan kargo ini.

Kesimpulannya, banyak faktor luaran dan faktor global mempengaruhi harga racun dunia.

Jangan salahkan 100% perniagaan jual input pertanian. Salahkan 20% sahaja haha.

Sekian Sawit,

Oil Palm Pal

Perlukan Racun Rumput, Racun Serangga?

🛒
Kedai Sawit Anda - Sawit Store

Berita Terbaru

Sarawak bakal menjadi pengeluar minyak sawit terbesar Malaysia

Harga minyak kelapa sawit tertinggi hasil krisis tenaga China - RM4720/mt

📰
Senarai berita lain

Artikel Terbaru

Baja Boron Kelapa Sawit - Fungsi , Jenis & Cara Kira Nutrien

Kamus Kelapa Sawit - Kata Penting

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.