Soal Sawit #1 : Soalan Sahabat

Soal Sawit #1 : Soalan Sahabat

Sejak bermula platfrom soal sawit ini, terdapat banyak soalan yang ditanya oleh sahabat-sahabat dalam group facebook dan juga direct dari email.

Ini adalah perkongsian ilmu di mana saya menjawab soalan-soalan mereka

Soalan 1 : Pengurusan kebun terbiar 3 tahun

Bolehkah pokok sawit yang ditinggalkan dalam 3 tahun(anggaran)usia pokok mungkin sekitar 13 tahun.

Jawapan:

Semua pokok sawit boleh recover walaupun lama ditanggalkan, akan tetapi untuk dapatkan hasil yang banyak selepas buat 'Rehabilitasi' akan ambil masa 1 tahun ke atas.

berdasarkan gambar yang tuan bagi. Tuan perlu buat perkara dia bawah

1. Siapkan pruning (pemangkasan daun) pokok

  • tinggalkan 2 daun bawah buah.

2. Racun bulatan

Glyphosate 200ml + 80g ally (metsulfuron) setiap tong 20ml

3. Masuk baja

padankan ikut budget

2 pusingan jan - AS/AC 3kg feb - MOP 3kg mac - zink sulfat 200g, kuprum sulfat 200g, boron 200g apr - RP 3kg jul - AS/AC 3kg aug - MOP 3kg sept - zink sulfat 200g, kuprum sulfat 200g, borob 200g sept - RP 3kg

harap dapat manfaat.

Ilmu tambahan

Soalan 2 : Cara kiraan keperluan anak sawit

Mohon nasihat anak benih sawit yang bagus dan berapa pokok diperlukan utk 2.3 ekar

Jawapan :

Kiraan pokok untuk 2.3ekar

  • Cara kiraan keperluan pokok biasanya standard industri adalah 136 pokok untuk 1 Hektar atau 68 pokok untuk satu ekar.
  • Biasanya orang akan bundarkan tepat jadi 70 atau 80 pokok satu ekar,

Bagi kebun puan

2.3 ekar = 156 pokok

  • Apabila kita order pokok, kita kene ambik kira pokok yang mati dalam perjalanan atau pada permulaan penanaman. Oleh yang demikian saya syorkan order extra 10% daripada keperluan tetapi ini bergantung kepada bajet puan.

Jadinya

2.3 ekar = 172 pokok

Pemilihan Anak Benih Sawit

Puan perlu memilih dari nurseri yang ada lesen nurseri MPOB.

Produk keluaran dari syarikat besar sawit rata-rata bagus belaka, Baka DxP

Syarikat ini termasuk Felda, Risda, Sime Darby, Flecra. Ini bergantung kepada lokasi puan.

  • Umur pokok untuk menanam adalah 11-12 bulan. Apabila dah 14 bulan ke atas, akar dah mula terbantut kerana dah mula cuba tembus polibeg. Pokok akan lebih mudah 'shock' atau kering bila umur menanam melebihi 14 bulan.

Harap ilmu ini bermanfaat. Saya akan share ilmu2 sawit pada masa ke semasa,

Terima kasih kerana bertanya dia Soal Sawit - Oil Palm Pal.

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami