Vr : BM Bagaimana saya menggunakan Borang Digital dalam Operasi Harian Ladang

Vr : BM Bagaimana saya menggunakan Borang Digital dalam Operasi Harian Ladang

Bagaimana saya menggunakan Notion Forms dalam Operasi Harian Ladang

Saya bekerja sebagai seorang Penolong pengurus ladang, kerja harian bagi saya adalah untuk memantau operasi-operasi harian sebuah ladang. Terdapat banyak aspek dan jenis kerja yang berjalan serentak seperti kerja am ladang, operasi traktor dan jentera berat.

Terdapat banyak borang-borang manual dan buku yang digunakan untuk merekodkn kerja-kerja operasi harian.

Antara sebab saya benci buku rekod manual yang telah sekian lama dipakai untuk operasi

  • Buku manual pandai-pandai hilang ketika pemeriksaan atau audit
  • Terdapat banyak sangat buku dan kerja menulis yang perlu disiapkan oleh seeroang staff. (10 operasi maknanya ada 10 buku yang perlu dikemaskini)
  • Disebabkan beban kerja yang banyak, kadang-kadang buku ini lewat dihantar 2-4 hari. Ini menyebabkan data-data tersebut tidak berguna secara ‘operational’ berkesan. Jika ada salah input baja yang tidak disedari oleh staff, maka salah itu akan berulang selama 2-4 hari sehingga penyelia menghantar buku manual.

Lepas tu saya jumpai Notion Forms!

Satu platform yang membolehkan saya men’digital’kan input-input buku manual. Dan input tersebut akan diupdate secara live ke database.

Zaman nak tunggu buku staff sehingga data jadi lapuk sudah berakhir!

Dibawah adalah contoh input borang digital untuk aplikasi baja

image

Staff akan input data tersebut dan akan dikemaskini dalam satu database seperti di bawah

image

Dari database ini, saya boleh memantau jumlah baja yang diaplikasi dalam kebun untuk analisa data.

Apa yang saya boleh pantau adalah seperti berikut

  • Adakah baja yang betul ditabur?
  • Adakah jumlah baja yang betul ditabur?
  • Adakah field yang betul ditabur?

Jika seorang perlu memantau kawasan yang luas, aplikasi seperti ini amat memudahkan kerja pemantauan dan boleh mengenalpasti kesilapan yang berlaku dengan segera.

Semuanya boleh dilihat dalam website kat handphone!

Ini untuk pemantauan tabur baja, banyak lagi aplikasi boleh digunakan seperti kerja meracun, rekod pembelian baja, rekod keluar masuk barang. Macam macam boleh digunakan dan hanya terbatas ke atas imaginasi seseorang sahaja.

Saya sedang membangun satu website yg khas untuk pekebun sawit, tidak kira ladang persendiran yang kecil atau ladang yang beribu-ribu hektar luasnya.

Update yang selalu akan dimuatnaik pada masa ke semasa.

Harap berfaedah kepada semua !.

Artikel yang terbaru

📖
How Notion Forms help me in Data Management
Harga Minyak Sawit MPOB (tekan sini)