FGV rancang buka kilang sawit baru di India
📰

FGV rancang buka kilang sawit baru di India

24 Sept 2021

HYDERABAD: Delegasi Malaysia dari syarikat FGV Holdings mengadakan perjumpaan bersama menteri IT dan Industri, KT Rama Rao baru-baru ini dengan mencadangkan pembinaan kilang pemprosesan minyak sawit di daerah Sircilla, Inida.

Perjumpaan itu diadakan di Pragathi Bhavan, Satyanarayana. Wakil FGV holdings memberi pengiktirafan tentang usaha kerajaan negeri pusat dalam usaha promosi penanaman ladang kelapa sawit berskala besar. Di samping itu, meningkatkan pendapatan peladang/petani dan peluang pekerjaan.

Syarikat pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia juga menjemput Rama Rao untuk berkunjung ke Malaysia untuk mengkaji prospek kelapa sawit. Menekankan perlunya diversifikasi tanaman, menteri meyakinkan bahwa petani di Sircilla akan segera menanam kelapa sawit secara besar-besaran. Dengan jaminan bahawa dia akan segera berkunjung ke Malaysia, Rama Rao meminta syarikat itu juga untuk menubuhkan unit pemprosesan benih dan pusat pembibitan kelapa sawit di Sircilla, bersama dengan kilang memproses minyak sawit mereka.

Di mana daerah Sircilla, India?

image
image

Sircilla terletak dalam 20km dari bandar utama Hyderabad,India.

Maklumat Lanjut

Sekian Sawit,

-Oil Palm Pal

Artikel Terbaru

Cara buat aduan MPOB

5 Hak Pekebun di Ramp Buah (Penimbang Buah)

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawit

Saya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami