Kursus Pertanian 2023 - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kursus Pertanian 2023 - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Kursus Pertanian 2023 - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Objektif Kursus Pertanian

  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Meningkatkan kepakaran teknikal pertanian
  • Mengurangkan kos pengeluaran pertanian
  • Mengamalkan teknologi-teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti dan produk bermutu, mersa alam dan selamat dimakan.

Siapakah INTAN?

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Ia bermula di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus kepada pegawai-pegawai berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Hasrat untuk menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur pada bulan Jun 1972.

Perkembangan pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.Pada tahun 1984, Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998.

Permintaan terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan penubuhan dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.

Kursus Pertanian 2023 - Institut Tadbiran Awam Negara INTAN

image

KURSUS TRANSFORMASI TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN TANAMAN NANAS 2.0 INTERMEDIATE (UPSKILLING-PP)

Tujuan Kursus

KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN PEGAWAI PENGEMBANGAN YANG SENTIASA PEKA DAN MAHIR DENGAN CARA PENYAMPAIAN MAKLUMAT SERTA MAHIR TENTANG ILMU PENGEMBANGAN SELARI DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PERTANIAN DI MALAYSIA

Objektif Kursus

  1. MELAHIRKAN PEGAWAI PENGEMBANGAN YANG SENTIASA PEKA DAN MAHIR BAGI MENYALURKAN MAKLUMAT DENGAN TEPAT KEPADA GOLONGAN SASAR
  2. MELAHIRKAN PEGAWAI PENGEMBANGAN YANG SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA

Tarikh Kursus

14/02/2023 hingga 16/02/2023

Tempoh

3 Hari

Yuran

Percuma

Tarikh Buka Permohonan

01/01/2023

Tarikh Tutup Permohonan

16/02/2023

Kumpulan Sasaran

Gred 19 Hingga Gred 41

Kaedah Pembelajaran

Bersemuka

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.