Selasih Manis - Italian Basil
🌿

Selasih Manis - Italian Basil

Apakah Sweet Basil?

Perkataan basil dalam bahasa greek membawa maksud tumbuhan diraja. Ia diberikan nama jolokan raja herba kerana keistimewaannya. Bersesuaian dengan namanya tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan masakan dan perubatan.

Basil atau dikenali dengan panggilan selasih dalam bahasa melayu merupakan kumpulan tumbuhan yang terdiri dari pelbagai varieti. Antara yang sering digunakan dalam masakan barat ialah sweet basil atau jika diterjemahkan dalam bahasa melayu menjadi selasih manis. Ia juga dikenali dengan nama Genovese basil. Dalam masakan asia pula selasih yang sering digunakan ialah selasih thai( Ocimum basilicum var thyrsiflora), kemangi ( O. X citriodorum) dan selasih hijau (ocimum tenuiflorum).

Basil dalam Bahasa Melayu

Antara soalan yang sering ditanyakan adalah:

Apa Basil dalam Bahasa Melayu?

Basil adalah dalam keluarga Selasih dimana sering dipanggil daun selasih.

Selasih sebenarnya adalah panggilan umum yang dikaitkan dengan pokok ini. Sebenarnya jenis pokok dipecahkan kepada bawah

Sweet Basil / Italian Basil - Selasih Manis

Thai Basil - Selasih / Kemangi

Holy Basil - Selasih (hijau ocimum tenuiflorum)

Kegunaan Basil dalam Masakan

Sweet basil digunakan dalam pembuatan sos terkenal pesto. Sos ini dimakan bersama pasta, pizza dan roti bawang putih. Ia juga digunakab dalam pembuatan sos bolognese dan penambah perisa kepada masakan itali seperti pizza.

Selasih kebanyakannya semusim tetapi ada jenis yang kekal. Jenis selasih kekal seperti selasih hijau (holy basil) selasih ungu Afrika. Kebiasaannya tumbuhan semusim akan mati setelah menghasilkan biji benih. Tidak ramai yang tahu pokok semusim boleh dibimbing menjadi pokok kekal dengan cara memotong setiap bunganya untuk menggalakan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.