🌊

Punca Banjir Taman Sri Muda - December 2021

Banjir teruk disebabkan oleh keadaan atmosfera yang membawa kepada hujan lebat atau salji dan ais cair yang cepat. Geografi juga boleh menjadikan sesuatu kawasan lebih berkemungkinan banjir. Sebagai contoh, kawasan berhampiran sungai dan bandar sering berisiko untuk banjir kilat.

Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia adalah dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada luas tanah negara. Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas.

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan banjir teruk di Taman Sri Muda, Shah Alam di mana ribuan penghuni terkandas dan ditenggelami air.

Antara punca Kejadian Banjir Kilat adalah sebab punca di bawah:

Hujan Lebat Luarbiasa Tropical Depression/Ribut Tropika W29

image

Kemelesetan Tropika 29W menjejak ke arah barat merentasi tengah Malaysia Barat pada awal 17 Disember selepas mendarat di selatan Kerteh, Negeri Terengganu, kira-kira 07:00 Disember 17. Sehingga 11:00 MYT, pusat peredaran ribut adalah kira-kira 352 km ( 219 batu) utara-barat laut Singapura.

Met Malaysia telah mengeluarkan amaran bahaya merah (tahap tertinggi pada skala tiga peringkat) hujan berterusan untuk negeri Terengganu selatan dan timur laut Pahang hingga 17 Dis. .

Jumlah hujan peristiwa 100 tahun

Dalam satu tahun taburan hujan bagi kawasan Kuala Lumpur adalah 2,400mm satu tahun iaitu 200mm sebulan atau purata 20mm pada satu hari jika ada 10 hari hujan dalam satu bulan.

Pada kejadian 18 December 2021, taburan hujan adalah 258mm- 363mm.

Ini bermakna jumlah hujan yang turun dalam jangkamasa 1 hari sudah melebihi hujan untuk satu bulan. Ini menyebabkan kapasiti infrastruktur pengairan negara tidak dapat menmpung jumlah hujan yang banyak itu dan kejadian banjir kilat melampau berlaku.

“Ini adalah pengecualian kerana pada musim tengkujuh, hanya negeri di Pantai Timur menerima hujan lebat,” kata Datuk Seri Zaini. "Tetapi kali ini, seluruh semenanjung, terutamanya kawasan pantai timur tengah dan semenanjung utara menerima hujan lebat yang berterusan."

Hujan lebat mula turun pada hari Jumaat tetapi paling lebat pada hari Sabtu. Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak hujan lebat pada hari Ahad.

Kedudukan Taman Sri Muda

Peta Biasa Taman Sri muda
Peta Biasa Taman Sri muda

Ketinggian paras tanah (biru rendah) (hijau merah tinggi)
Ketinggian paras tanah (biru rendah) (hijau merah tinggi)

Kedudukan Taman Sri Muda terletak betul-betul di tepi Sungai Klang dan diapit oleh bukit di taman bunga negara.

Air hujan dan air banjir datang dari Seksyen 19, Seksyen 15 dari utara dan dari Kota Kemuning dari selatan. Semua air ini perlu lalu Sungai Klang via Taman Sri Muda.

Pencemaran Sungai - Sampah

Di Sungai Klang sahaja yang termasuk Sungai Gombak dan Sungai Batu, sejumlah 21 tan sampah dipungut setiap bulan.

Sampah dikumpul dari 11 perangkap sampah yang dibina merentasi sungai dan dari 500 perangkap pencemar kasar yang dipasang di dalam longkang untuk mengelak sampah daripada mengalir ke dalam sungai.

"Ini bermakna bahawa setiap hari, penduduk di sepanjang kawasan Sungai Klang membuahg kira-kira 700kg sampah ke dalam longkang dan Sungai," kata Naib Pengerusi Malaysian Water Partnership (MyWP), Datuk Hanapi Mohamad Noor.

Langkah mengatasi Pencemaran Sungai

image

Kerajaan Selangor telah merangka pelan dan dana untuk menyelesaikan masalah ini dalam belanjawan pada tahun ini. Antaranya:

(1) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas, kilang-kilang terutamanya kilang haram berhampiran tebing sungai dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan sungai-sungai di Negeri Selangor.

(2) Memperkemaskan lagi pemantauan lembangan sungai melalui tindakan-tindakan pengawasan (surveillance) termasuk dengan penggunaan dron, pengurusan data dan analisis kecerdasan buatan (artificial intelligence);

(3) Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap yang boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air;

(4) Meneliti dan mengkaji semula prosedur dan tatacara penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa perundangan bagi memastikan tindakan undang-undang yang bersepadu dan lebih tegas dapat dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab;

(5) menambah baik Kolam Takungan HORAS 600 untuk digunakan sebagai mitigasi semasa berlaku pencemaran Sungai Selangor;

(6) menyegerakan cadangan pembangunan air mentah Sungai Rasau sebagai sumber air baru bagi mengurangkan penggantungan kepada bekalan air dari Sungai Selangor; dan

(7) membuat kajian terperinci bagi melaksanakan rawatan air mentah di Sungai Sembah sebelum air dilepaskan ke Sungai Selangor.

Apa yang rakyat perlu buat segera

Jika anda mahu membantu menjaga kebersihan air kita , terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu. Anda boleh mencegah pencemaran air sungai dan tasik berdekatan dan juga air bawah tanah dan minum air dengan mengikuti beberapa panduan mudah dalam kehidupan seharian anda .

  1. Jangan buang sampah ke dalam sungai, tasik atau laut.
  • Membersihkan sampah yang ada dipantai dan laut (mengumpul sampah dan masukkan ke dalam tong sampah berhampiran dan menjalankan aktiviti kitar semula.
  • mengambil tindakan pada mereka yang melanggar peraturan yang di tetapkan oleh pihak berkuasa dengan berat.
  • mengadakan kempen dalam kalangan masyarakat iaitu sayangi sumber utama kita iaitu air.
  • memasang perangkap sampah di dalam longkang bagi mengelakkan sampah tersebut mengalir masuk ke dalam sungai

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.