Cara Buat Duit Dengan Website - Google Adsense?
💰

Cara Buat Duit Dengan Website - Google Adsense?

Sejak musim pandemik Covid-19 menular ini, Ramai orang beralih ke alam digital untuk mencari sumber pendapatan.

Antara salurannya adalah

  • Facebook
  • Twitch
  • Youtube
  • Website building

image

Nak Ranking? Hubungi : Rank1 Website : NeuralSEO.com

Cara Buat Duit Dengan Website

Website merupakan tempat di mana sumber mencari rezeki.

Website mempunyai fleksibiliti di mana penulis boleh menulis sesuka hati antaranya adalah

  • website ilmu
  • website hiburan
  • website menjual barangan

Seorang penulis atau writer akan menulis artikel tentang topik/kepakaran masing-masing. Artikel ini akan menarik pembaca kepada website tersebut. Makin ramai pembaca datang, Makin banyak view website itu akan dapat.

Artikel menarik = Ramai Pembaca = Banyak View = Google Adsense

Google akan menilai website atau artikel- artikel yang kita menulis, dan akan paparkan iklan-iklan yang biasa kita lihat di website-website besar seperti Outlet Media dan Agensi Berita.

Cara Buat Duit dengan Google Adsense

image

Website saya www.oilpalmpal.com dimulakan pada bulan July 2021.

Google Adsense pula diaktifkan baru dalam tempoh seminggu (Mula pada Sepetember 9)

Sekarang mendapat secara purata 6000 view sebulan. Soalan yang mesti ramai orang tanya .

Berapa duit Google Adsense yang boleh dapat dari website baru?

Ini adalah data sebenar website saya. Saya biasa menulis 2 artikel seminggu.

image

Jumlah semua adalah $4.35 iaitu RM18 seminggu.

Kalau jumlah ini dapat dikekalkan untuk tempoh satu bulan.
RM18 x 3minggu = RM54 sebulan

Walaupun jumlah ini tak la besar sangat, RM50+ cukup untuk bayar Netflix ataupun website hosting.

Disclaimer: Adsense perlu kumpul sampai $100 baru boleh withdraw.

Update:

image

pendapatan untuk 12 hari

Purata : $1.94 sehari = RM8.11
RM8.11 = RM243.40 sebulan

Google punya algorithm yang kompleks dan menyeluruh. Duit adsense mmg bergantung kepada

  1. Jumlah orang lawat site
  2. Jumlah orang yang tekan iklan

Ada hari view sedikit tapi duit banyak, ada hari views meletup tapi duit tidak seberapa. Semua bergantung kepada behaviour pelawat site. Hanya Abam Google yang tahu.

Cara Buat Duit Dengan Website - Sewa Ruangan Iklan

Jika website anda telah berkembang maju, traffic per day telah mencecah angka ribu, pasti ada pihak yang hendak menghubungi anda.

Khususnya sekali pihak yang berkaitan dengan niche anda.

Tetapi anda tidak perlu nantikan buat mereka dekati anda.

Cuba anda yang mencari mereka.

Pertama, tetapkan dulu bahagian yang mana anda boleh sewakan untuk iklan.

Selalunya ruang yang popular ialah bahagian header, bahagian widget dan ruang atas sebelum post.

Antara contoh ruangan iklan untuk website ni adalah seperti di bawah

image

Untuk Tempahan Hubungi : Whatsapp , Facebook : Benih Sawit

Website ini merupakan website berkaitan dengan kelapa sawit dan pertanian. Oleh itu, bisnes yang berkaitan dengan penjualan biji benih, penjualan baja dan penjualan barangan pertanian, adalah sesuai untuk menyewa ruangan iklan di page ini.

Selanjutnya tetapkan persyaratan seperti harga, sewa untuk berapa lama, apa maklumat yang diperlukan dan lain-lain.

  • Janganlah lupa siapkan laporan prestasi website anda.
  • Umumnya dalam laporan tu isi penting ialah jumlah traffic @ kunjungan ke website anda.
  • Untuk tetapkan harga juga, saya umumnya gunakan formulasi berikut ini:
  • Harga sewa bulanan ruangan ads = Jumlah traffic harian (view) / 10
  • Misalnya jumlah view harian website anda ialah 3,000.
  • Harga space iklan ialah 3000/10 = RM300 satu bulan.

Harap ilmu ini dapat membantu sahabat-sahabat yang baru start building website.

Sekian Saja,

-Oil Palm Pal

Artikel Ilmu Sawit Tambahan

Ilmu Sawit

Perlukan nasihat atau ilmu tentang sawit ?

Tinggalkan email anda untuk saya bantu. Boleh tanya soalan atau apa apa berkait dengan sawitSaya akan tolong dengan ikhlas.

Moga berhasil :)

Untuk Ilmu Sawit sila follow page kami

Siapakah Oil Palm Pal?

Oil palm pal merupakan satu platform ilmu dan perkongsian berasaskan tanaman kelapa sawit.

Dengan pengalaman dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia lebih daripada 13 tahun bersama syarikat-syarikat konglomerat sawit dan juga penanaman sawit secara pekebun kecil.

Sebarang soalan yang ditanya dalam platform ini akan diselidik dan diberi nasihat berdasarkan pengalaman industri sawit dan rujukan badan kajian/berkuasa kelapa sawit seperti MPOB, FGV, RISDA dan syarikat perladangan swasta.